IPOH: Kerajaan Perak tidak memberikan sebarang subsidi kepada penternak khinzir kerana kadar sara diri pengeluaran (SSL) bagi daging berkenaan melebihi daripada keperluan.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria, berkata justeru tiada keperluan untuk kerajaan Pusat mahupun negeri memberikan subsidi kepada bahan makanan mentah berkenaan.
“Pertamanya daging khinzir ni mungkin bukan menjadi suatu makanan kepada keseluruhan rakyat di negara ini.
“Dan setakat ini di Negeri Perak, SSL untuk pengeluaran daging khinzir ini sudah hampir kepada 300 peratus iaitu 284 peratus.
“Justeru ia tidak menjadi kritikal. Dan mungkin sebab itu tidak ada pertimbangan daripada pihak kerajaan (untuk pemberian subsidi untuk bahan makanan itu).
“Malah ia juga bukan menjadi satu isu nasional seperti daging ayam. Disebabkan itu, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ada mengambil tindakan untuk mengawal harga ayam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soalan lisan sempena Mesyuarat Kedua, Tahun Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.
Razman menjawab soalan tambahan berhubung isu pemberian subsidi dan bantuan kepada penternak khinzir yang dibangkitkan Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinjir).
Terdahulu, Chong Zhemin (DAP-Keranji) turut membangkitkan perkara sama susulan berlaku peningkatan ketara terhadap harga daging khinzir di pasaran.
“Daging khinzir telah naik harga sebanyak enam kali iaitu daripada RM700 untuk 100 kilogram (kg) kepada RM1,200 untuk 100 kg.
“Ini bermakna, secara purata ia telah naik enam kali pada enam bulan. Setiap bulan, harganya naik sekali. Jadi saya rasa ini satu masalah yang kita perlu tangani,” katanya.
Razman kemudian berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang rungutan daripada penternak khinzir susulan kenaikan harga yang dinyatakan itu.
Ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Zhemin, Razman berkata kerajaan negeri telah mengambil pelbagai kaedah bagi membantu penternak mengurangkan kos menternak.
Katanya, antara usaha berkenaan termasuk peruntukan sebanyak RM500,000 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera bagi sektor ternakan melalui bantuan kepada para penternak ruminan dan ayam kampung yang memenuhi syarat dan pengusaha secara kecil-kecilan.
“Pakej ini merangkumi bantuan daripada sudut penyediaan kursus dan pemberian peralatan atau mesin secara percuma kepada peserta iaitu mesin mixer dan tong kedap udara untuk para penternak dapat menghasilkan makanan ternakan alternatif.
“Jumlah kos dan kadar bagi seorang adalah RM2,000 yang bakal memberi manfaat kepada 250 orang penternak,” ujar beliau.
Tambahnya lagi, bagi langkah jangka masa panjang, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) telah mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar makanan ternakan iaitu Cargill Feed Sdn Bhd, ini sebagai usaha mengawal harga pasaran dengan lebih baik dan terkawal untuk manfaat penternak.
Amirrul Rabbani
Mon Jul 18 2022
Razman berkata, tiada keperluan untuk kerajaan Pusat mahupun negeri memberikan subsidi kepada bahan makanan mentah berkenaan. - Gambar hiasan/ Bernama
AWANI Ringkas: Skim harga maksimum musim perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.
Persekitaran produksi sistem MyInvois dibuka mulai hari ini - LHDN
LHDN memaklumkan ia menunjukkan kemajuan terkini ke arah pelaksanaan mandatori e-Invois yang akan bermula pada 1 Ogos depan.
Fitnah menteri: Mahkamah Singapura perintah adik bekas PM Singapura bayar S$400,000
Mahkamah juga mengarahkan Lee Hsien Yang membayar S$51,000 sebagai kos kepada setiap menteri.
Pearly-Thinaah harap dapat teruskan rentak
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, mereka hanya memerlukan 31 minit untuk menumpaskan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esok - Chow
Setiausaha DUN Azizal Ahmad akan memaklumkan perkara berkenaan dan seterusnya kerajaan negeri menyerahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya.
HUAWEI lancar pameran XMAGE terbesar di samping rai karya pengguna
HUAWEI julung kalinya melancarkan pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia dengn tema 'A Heartwarming World, 12 Years of Huawei Photography' di samping meraikan hasil karya pengguna.
Semarakkan perpaduan menerusi Sambutan Minggu Perpaduan 2024
Kementerian Perpaduan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peingkat kebangsaan di Angsana Mall, Johor Bahru dalam usaha menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rangkuman hari terakhir Persidangan Nikkei & lawatan rasmi PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Camii, Tokyo.
Tiket perlawanan Selangor FC 'sold out' lagi
Aksi membabitkan Selangor FC menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super habis terjual. Ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut tiket perlawanan Selangor FC habis terjual.
Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Katanya, sambutan yang diterima Karnival Cherita Secangkir Kopi begitu menggalakkan, di samping berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.
DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023
Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.
Perak umum bonus untuk ADUN
Kerajaan Perak pada Khamis mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.
2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB
Saarani berkata, jumlah tersebut merangkumi 4,819 orang berbanding 9,402 KIR miskin tegar pada Januari lalu.
Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.
Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion
Belanjawan Negeri Perak 2024 melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta dan perbelanjaan mengurus RM856 juta.
DUN Perak lulus RUUSA Perak 2023, mansuh Akta Air 1920
DUN Perak meluluskan Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) Perak 2023 yang bertujuan memansuhkan Akta Air 1920.
Pengurangan bayaran premium tanah di Perak bagi miskin tegar, OKU
Perkara itu adalah berdasarkan syor oleh Pejabat PTG Negeri Perak untuk diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.