KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa umat Islam dibenarkan melawat rumah ibadat agama lain selagi tidak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan mereka.
Dalam wawancara bersama akhbar The Star, Baginda merujuk kepada tindakan Allahyarham datuk baginda Sultan Alam Shah menghadiri upacara menaiki takhta Ratu Elizabeth II pada 1953 yang diadakan di gereja Westminster Abbey di London.
“Baginda baru sahaja pulang dari Mekah, dan kemudian mendapat nasihat Mufti negeri sama ada wajar untuk menghadiri upacara berkenaan.
“Mufti berkata tiada sebarang masalah selagi tidak mengambil bahagian dalam sebarang upacara keagamaan seperti berdoa,” titah Sultan Sharafuddin.
Titah baginda lagi, kenyataan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru-baru ini adalah jelas bahawa umat Islam tidak dibenarkan melawat rumah ibadat untuk mempelajari tentang agama lain.
Sehubungan itu, titah Baginda, undang-undang negeri dan persekutuan bagi melindungi agama Islam di Selangor adalah jelas dan perlu dihormati.
Sultan Sharafuddin bagaimanapun menggesa ahli politik, tidak kira agama, supaya tidak menggunakan agama semata-mata untuk menjadi popular.
Baginda bertitah bahawa ahli politik wajar melakukan kaji selidik dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung kenyataan oleh MAIS.
Kenyataan itu dibuat tiga hari selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut bertitah bahawa umat Islam tidak dilarang daripada melawat rumah ibadat agama lain, selagi tidak terlibat dalam upacara keagamaan mereka.
Astro Awani
Sun Mar 26 2023
Titah baginda, kenyataan MAIS baru-baru ini adalah jelas bahawa umat Islam tidak dibenarkan melawat rumah ibadat untuk mempelajari tentang agama lain. - Fail/BERNAMA
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Sister Enda Ryan
Sultan Sharafuddin zahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Sekolah Assunta Datin Paduka Sister Enda Ryan, yang meninggal dunia Ahad lalu.
Kerajaan negeri junjung titah Sultan Selangor untuk kukuhkan perpaduan
Kerajaan Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, yang mahu orang Melayu terus mengangkat perpaduan dan memperkukuh keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri itu.
Sultan Selangor, Anwar berbuka puasa bersama rakyat
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.
Sultan Selangor zahir hasrat tidak sambung tugas Pengerusi MKI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).