SUNGAI PETANI: Kerjasama rentas parti yang dicadangkan bukan bermaksud membentuk kerajaan perpaduan seperti digembar-gembur sesetengah pihak, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, pemimpin pembangkang, sebaliknya, dipelawa untuk membantu kerajaan dengan menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
"Tidak ada kerajaan perpaduan yang melibatkan pembangkang dalam Kabinet, tetapi kerjasama itu bukan semestinya pembangkang berada dalam Kabinet.
"Kalau nak bantu tangani COVID-19, kita ada Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19, boleh bersama dalam jawatankuasa ini.
"Kalau nak selesai isu ekonomi, mereka boleh bersama dalam Majlis Pemulihan Negara, saya jemput mereka berada bersama," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda dan Yan, di sini, pada Isnin.
BACA: PM tawar pembangkang anggotai MPN, Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19
Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Ahad, Ismail Sabri menawarkan ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
Sebelum ini, desas-desus kerajaan perpaduan timbul selepas kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berakhir susulan peletakan jawatan beliau.
Beberapa penganalisis politik berpendapat, wajar untuk sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi.
Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh tumbang selepas 15 Ahli Parlimen UMNO mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Sehubungan itu, pada 17 Ogos lepas, Speaker Dewan Rakyat telah mengutuskan surat kepada kesemua 220 Ahli Parlimen, memaklumkan titah Tuanku Agong bahawa mereka semua perlu mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) bagi memilih seorang calon Perdana Menteri.
Pada 19 Ogos, 114 Ahli Parlimen yang menzahirkan sokongan mereka kepada Ismail Sabri, telah dititahkan untuk menghadap Agong di Istana Negara bagi mengesahkan pilihan mereka.
Astro Awani
Mon Aug 23 2021
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan kerjasama rentas parti yang dicadangkan bukan bermaksud pembangkang berada dalam Kabinet. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.