KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencuri wang tunai berjumlah RM85,000 di sebuah premis perniagaan ketika menjalankan operasi bersepadu membanteras warga asing, Khamis lepas.
L/Kpl Mohamad Adib Mohd Zafri, 35; L/Kpl Mohamad Amirul Aiman Mamat, 26; dan Kpl Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi, 30, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Mereka didakwa dengan niat bersama mencuri wang milik NGWE Gabar Sdn Bhd, di tingkat satu premis berkenaan, di Jalan Lebuh Pudu Off Jalan Silang, pada 2.27 petang, 21 Dis lepas dan dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun serta boleh dikenakan denda manakala bagi kesalahan kali kedua perlu dipenjara dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham berkata pihaknya tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu dilakukan oleh penjawat awam semasa menjalankan amanah dan tugas mereka sebagai anggota.
"Perkara ini juga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat awam berkaitan integriti serta tanggungjawab anggota keselamatan semasa menjalankan tugas," katanya.
Izzat Amir berkata sekiranya mahkamah ingin mengenakan jaminan, pihaknya memohon jaminan tidak kurang RM30,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Sementara itu, peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Mohamad Adib dan Muhamad Hafiz memohon kedua-dua anak guamnya dikenakan jaminan rendah kerana mereka berpendapatan RM2,100 sebulan serta menanggung keluarga.
Peguam Khairunnisa Azzahrah Ghazalie yang mewakili Mohamad Amirul Aiman turut memohon jaminan rendah kerana anak guamnya yang menanggung ibu bapa yang sudah lanjut usia berpendapatan RM2,100 sebulan.
Aina Azahra menetapkan sebutan kes pada 6 Feb depan dan membenarkan jaminan RM17,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.
Pada 24 Dis lalu, ketiga-tiga anggota terbabit dirakam melakukan penggeledahan di premis berkenaan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang, bagaimanapun tidak memasukkannya dalam laporan.
Hasil penahanan itu, difahamkan polis turut merampas wang tunai RM63,500, sebuah kereta Perodua Myvi, dua telefon bimbit dan resit pembayaran bagi pembelian tayar dan penyelenggaraan kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Dalam operasi bersepadu di Jalan Silang, Kuala Lumpur, 21 Dis lalu, sebanyak 1,101 warga asing ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan. - Gambar fail/Sinar Harian
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos
Kawalan sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Perlis dipertingkat bagi mengelakkan suspek insiden tembakan di KLIA melarikan diri ke negara jiran.
20 pos PGA di Selangor siap dinaik taraf - Saifuddin
Kesemua 20 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan dan perairan Selangor telah siap dinaik taraf, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tiga anggota polis PGA didakwa curi wang RM85,000 dalam premis perniagaan
L/Kpl Mohamad Adib Mohd Zafri, L/Kpl Mohamad Amirul Aiman Mamat dan Kpl Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi masing-masing mengaku tidak bersalah.
Polis, PGA gempur kawasan penempatan Rohingya
Operasi digerakkan selepas mengesan video tular mengenai keresahan penduduk terhadap kehadiran etnik tersebut pada 12 Dis lalu.
12 pos PGA terkesan banjir - Polis Kelantan
Pos PGA terlibat adalah Pos PGA Terusan, Pak Teh Kana, Salleh Berek, Pak Atah, Sharifah, Kaloi dan Wakaf Zain.
PGA lepaskan dua tembakan, tahan kenderaan bawa PATI
Tindakan anggota PGA lepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah trak pikap berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tujuh PATI.
PGA tahan tiga lelaki bawa masuk 20 warga Myanmar
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menahan tiga lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai 'transporter' membawa masuk 20 pendatang tanpa izin warga Myanmar di Kampung Lundang, di sini, semalam.
Pembinaan tujuh pos baharu PGA perketat kawalan keselamatan sempadan
Ia bagi memperkukuh kawalan sempadan negara di Sarawak khususnya dalam berhadapan dengan impak pemindahan ibu negara Indonesia.
Polis selamatkan 97 warga Myanmar mangsa pemerdagangan manusia
Ketika pemeriksaan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sah untuk memasuki negara ini.
500 Rela bantu PGA kawal sempadan negara
Seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditempatkan bagi membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) menjaga keselamatan di lima sempadan negara bermula tahun depan.