KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang dipercayai menceroboh masuk ke kawasan landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) dilanggar komuter dalam kejadian di Taman Puncak Utama, Jade Hills, Kajang, malam tadi.
Menurut Komander Operasi, PBK I Salleh Bahran, ketiga-tiga mangsa merupakan warga Bangladesh berusia antara 30-an dan 40-an.
"Semua mayat berada dalam keadaan sempurna. Ini kerana, kesemua mangsa tercampak ke sisi rail keretapi dan tidak digilis oleh komuter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dimaklumkan mengenai insiden itu pada jam 10.53 malam.
"Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang seramai lima orang telah bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera FRT sejurus menerima panggilan.
"Operasi ditamatkan pada jam 12.15 tengah malam dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata Salleh.
Tambahnya, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Azib Zikry
Mon Mar 04 2024
Pihak JBPM Selangor dimaklumkan mengenai insiden pada jam 10.53 malam dan menggerakkan pasukan daripada BBP Kajang seramai lima orang ke lokasi kejadian. - Foto JBPM Selangor
Dua pegawai penjara terbunuh, banduan terlepas dalam serangan hendap
Beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pengawai penjara menyebabkan dua terbunuh manakala dua lagi cedera parah.
76 tahun Nakba: Protes di Israel memuncak
Tahun ini, ia merupakan demonstrasi pro-Palestin yang jarang berlaku di Israel di tengah-tengah perang Gaza, selepas polis menghalang beberapa cubaan bantahan sebelum ini.
Aktivis politik Thailand meninggal dunia dalam tahanan
Netiporn 'Bung' Sanesangkhorn meninggal dunia selepas jantungnya "berhenti berfungsi secara tiba-tiba" pada Selasa pagi.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Dalam talkshow di #AgendaAWANI 8.30 malam semalam kita kupas panjang lebar pasal ‘Musim Pokok Tumbang’…
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Bilik guru Sekolah Agama Rakyat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan Sekolah Agama Rakyat kelas A berkeluasan 70x15 terbakar di bahagian bilik guru.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Anak gajah mati dilanggar lokomotif kereta api
Ketika kejadian pada jam 8.19 malam, terdapat seramai 70 penumpang berada di dalam tren dan semua dilaporkan selamat.
Projek ECRL berjaya capai penembusan 30 terowong
Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Tiga maut dilanggar komuter ketika ceroboh landasan KTMB
Menurut Komander Operasi, PBK I Salleh Bahran, ketiga-tiga mangsa merupakan warga Bangladesh berusia antara 30an dan 40an.
Broker didakwa tipu berhubung pembelian landasan kereta api terpakai
Seorang broker mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat perniagaan barang lusuh berhubung pembelian landasan kereta api terpakai sehi
Penumpang jatuh atas landasan kereta api di Woodlands telah dibawa ke hospital - KTMB
Penumpang itu telah di selamatkan oleh kru KTMB dan pegawai daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura.
Pemandu, penumpang van sempat larikan diri dirempuh kereta api
Siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati palang untuk menutup laluan jalan raya di landasan itu tidak berfungsi.
Kerajaan tinjau peluang babit lebih banyak syarikat Malaysia dalam pembangunan Nusantara, Indonesia
Kerajaan akan terus memudah cara penglibatan syarikat tempatan dalam pembangunan ibu negara Indonesia, Nusantara
Iran, Rusia tandatangani perjanjian bina landasan kereta api
Pembinaan landasan kereta api itu adalah sebahagian daripada Koridor Pengangkutan Utara-Selatan antarabangsa (INSTC).
Hanoi larang pelawat kunjungi kedai kopi di sepanjang landasan kereta api
Hanoi melarang kunjungan ke kedai-kedai kopi yang memenuhi sepanjang landasan kereta api, destinasi popular bagi ramai pelawat asing, untuk memastikan keselamatan pengunjung.
Padah turun landasan ambil 'earphone'
Lelaki itu dikesan mengambil earphone di landasan terbabit hingga menyebabkan tren tergendala selama tiga minit.