KUALA LUMPUR : Pendakwaan atau tindakan kompaun terhadap pelaku yang mendalangi isu pencemaran alam sekitar di salah satu kawasan di Pelabuhan Klang akan dilakukan dalam masa terdekat.
Exco Infrastruktur Dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim berkata, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga telah membuat laporan polis dan kertas siasatan telah dibuka mengikut mengikut Seksyen 43 (4) Enakmen LUAS bagi kesalahan menjalankan aktiviti tanpa kebenaran.
“Rakaman percakapan berkaitan saksi dan orang yang disyaki telah diambil dan kertas siasatan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan izin kompaun atau dakwa terhadap kesalahan yang dilakukan di dalam masa terdekat paling awal minggu ini.
“LUAS seterusnya telah mengeluarkan Notis Amaran di atas keingkaran pihak berkenaan yang masih menjalankan aktiviti serta memasang cordon tape bagi menyekat aktiviti penambakan daripada terus dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Izham berkata demikian bagi mengulas Laporan Khas yang diterbitkan Astro AWANI bertajuk ‘Zon penampan sungai dicabul pemusnah alam sekitar’ yang disiarkan baru-baru ini.
Ujarnya lagi, sebanyak dua notis larangan membabitkan pencerobohan tanah kerajaan telah dikeluarkan dalam memastikan sungai tidak terkesan.
“LUAS telah memohon kerjasama daripada Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDTK) serta Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi status dan penguatkuasaan aktiviti pembuangan sampah yang ditemui di kawasan tanah tersebut berdasarkan bidang kuasa masing-masing untuk memastikan tiada kesan signifikan kepada kualiti Sungai Che Wang.
BACA: [LAPORAN KHAS] Zon penampan sungai dicabul pemusnah alam sekitar
Pemerhatian Astro AWANI di kawasan berkenaan baru-baru ini mendapati kawasan sekeliling lokasi berkenaan tidak lagi seperti dahulu yang penuh dengan kehijauan berdasarkan paparan ‘Google Earth’ apabila ia telah bertukar menjadi lembangan sampah haram.
Permukaan tanah pula yang dipenuhi dengan sisa kabel industri yang berselirat termasuk ada yang telah dikisar yang kini seperti menjadi permukaan yang kekal.
Selain itu, pencemaran yang berlaku turut menjejaskan Sungai Che Wang sekali gus mendatangkan implikasi terhadap golongan nelayan yang terjejas pendapatannya.
Kerajaan Negeri Selangor menerusi kenyataan itu juga menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan seumpama itu dan tindakan akan diambil selari dengan undang-undang sedia ada.
Hilmi Malik
Tue May 16 2023
Polis telah merakam percakapan saksi dan orang yang disyaki dalam kepada pencemaran di kawasan terbabit. - Foto Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Kerjasama Kerajaan Pusat, negeri tangani isu kualiti air
JAS akan memperhalusi komitmen yang turut melibatkan kerajaan negeri berkaitan isu pencemaran yang perlu dilihat secara menyeluruh.
MPOB ambil tindakan jika kilang sawit punca pencemaran Sungai Pukin
MPOB sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu, disyaki berpunca daripada pelepasan efluen kilang sawit yang tidak terawat.
CEO Ryanair dilempar kek oleh aktivis alam sekitar
Tindakan itu sebagai satu bantahan terhadap pelepasan karbon oleh syarikat penerbangan tersibuk Eropah itu.
Johor seru lebih banyak syarikat terap ESG, cegah pencemaran
Syarikat perlu main peranan, memandangkan pelbagai usaha dan inisiatif kerajaan melibatkan perbelanjaan, bagi menjaga kelestarian alam.
PBB bincang isu sisa buangan plastik di Persidangan Paris
Sesi rundingan selama lima hari akan berlangsung di ibu pejabat UNESCO di Paris bermula Isnin.
Tindakan terhadap dalang pencemaran di Pelabuhan Klang dalam masa terdekat - Exco
Pendakwaan atau tindakan kompaun terhadap pelaku yang mendalangi isu pencemaran alam sekitar di salah satu kawasan di Pelabuhan Klang akan dilakukan dalam masa terdekat.
Kilang sawit didenda RM15,000 lepaskan efluen lebih had
Wakil syarikat itu mengaku bersalah melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had yang ditentukan.
Kilang proses peleburan logam haram diserbu
Ia dipercayai menjalankan aktiviti peleburan logam dengan menggunakan buangan terjadual SW110 sebagai satu daripada bahan mentah.
Op Gempur: 107 kompaun dikeluarkan kes cemar alam sekitar
Dalam masa sama, sebanyak 20 arahan di lapangan serta 30 notis arahan dikeluarkan, di samping satu penahanan operasi kelengkapan.
'Spesies ikan sungai di Jerantut dijangka pupus 10 tahun lagi'
Aktiviti pembangunan tidak terancang yang boleh mencemar alam sekitar semakin berleluasa, malah memberi kesan besar kepada ekosistem.