IPOH: Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata perbuatan itu menjadi ikutan anak muda dan remaja sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.
"Saya nasihatkan kepada anak muda semua supaya mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajarkan dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya.
"Janganlah ambil ilmu yang ditiru dari YouTube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui, jadi perkara yang mengarut dan pelik ini diminta supaya laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas yang dihadiri Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Baru-baru ini tular satu trend memuat naik video, khususnya di aplikasi TikTok, yang menunjukkan individu, rata-rata berstatus bujang, berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.
Sementara itu, ditanya mengenai kegiatan menggunakan imej agama dan gelaran ustaz untuk memperdaya masyarakat dengan tawaran ibadat atau produk yang bertujuan untuk kepentingan peribadi, Naib Presiden Pas itu menyifatkan ia sebagai perbuatan zalim.
"Janganlah mengambil kesempatan buat perkara begini terutama soal ibadat kerana ia menzalimi orang-orang yang terkena dangan perbuatan mereka.
"Pihak yang terkena diharapkan membuat laporan polis supaya pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin Al -Ghari dilaporkan berkata antara penipuan itu termasuklah kempen derma, wakaf dan pakej umrah yang menggunakan pelbagai tarikan seperti penginapan di Tanah Suci termurah dan yang berdekatan dengan Masjidil Haram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022
Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.- Foto ihsan pembaca/Sinar Harian
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei).
Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan
Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.
Isteri mengaku tidak salah cuba racun suami, mentua
Isteri pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cubaan meracun suami dan ibu mertuanya lima tahun lalu
Cuaca panas: Utamakan peruntukan untuk selenggara kipas sekolah
Semua pengarah pendidikan negeri dan daerah diarahkan untuk mengutamakan peruntukan yang telah disalurkan bagi tujuan penyelenggaraan kipas di sekolah berikutan fenomena cuaca panas ketika ini.
Kipas sebagai makmum, pelaku jahil - Mufti Pulau Pinang
Pihak berkuasa perlu menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.
Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan - Idris Ahmad
Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.
Bapa terkejut temui mayat anak tergantung
Anaknya ditemui tergantung di ruang tamu dengan tali diikat pada kipas angin rumahnya di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, Sungai Petani kira-kira jam 10 pagi.
Program Titik Sentuhan tambah baik sistem pendawaian 10 sekolah tahfiz
ST mendapati kebanyakan kes kebakaran adalah kerana kecuaian pengguna dan Program Titik Sentuhan diadakan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat.
Terlanggar kipas Bersatu, lelaki mahu 'claim motor' daripada Tun M
Tun M mengarahkan pengurusan rasmi parti itu meneliti kes seorang lelaki yang terbabit kemalangan di bulatan Persiaran Kayangan.
Lelaki dijumpai mati tergantung di Kemaman
Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun ditemui tergantung pada kipas siling di rumahnya.