Unit Khas Pilihanraya (UKP) Puteri UMNO akan memastikan segala perancangan yang telah disusun atur bergerak secara berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan gerak kerja yang merangkumi Skuad IT, Skuad Penerangan dan Skuad PuteriPeduli.
"Unit IT dan Penerangan akan memperkasa lagi jentera untuk PRU 14. Unit IT akan mempunyai dua lagi sub-unit lain iaitu Unit Sistem Pengundi yang akan menjadi rujukan bagi mengenali pengundi tempatan dan Unit Siber yang akan memperkukuh pasukan dalam mempromosi calon dan agenda nasional selain mendepani fitnah-fitnah yang ditabur pihak tidak bertanggungjawab.
"Unit Penerangan akan menggalas tugas memantau anak muda agar mereka menerima informasi yang tepat supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah palsu pihak pembangkang.
BACA: LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016 (Hari Kedua)
"Menyentuh Skuad PuteriPeduli, inilah masanya kita semua betul-betul menggempur dan memperbanyak
program-program yang mempunyai impak ke arah PRU-14. Puteri Peduli akan bertebaran ke seluruh pelusuk negara, masuk ke kampung-kampung bagi bertemu dengan akar umbi," katanya semasa berucap semasa ucapan dasar ketua Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Tambahnya, Puteri Peduli mesti menggempur dan mendekati semua golongan wanita, dari yang bekerja di bangunan tinggi, pelajar universiti atau yang tinggal di luar bandar.
"Puteri Peduli akan menjadi barisan paling hadapan dan unit paling efektif dalam membentuk mod yang baik para pengundi kepada parti. Puteri Peduli akan meredah hutan belantara bertemu orang asli demi memastikan PRU ke-14 menjadi milik kita. Puteri Peduli akan berhadapan dengan segala rintangan binatang berbisa demi UMNO tercinta," jelasnya.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati mencadangkan kepada parti untuk membariskan sekurang-kurangnya 30 peratus calon orang muda pada PRU ke-14.
"Ia akan diperjuangkannya bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana faktor calon menyumbang 60 peratus kepada kemenangan dalam pilihan raya umum.
"Berdasarkan penemuan Buku Kajian Persepsi dan Harapan Wanita Muda Malaysia, wujud keperluan untuk menambah bilangan calon wanita dan calon orang muda pada PRU-14," katanya.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 30 2016
Mas Ermieyati mencadangkan kepada parti untuk membariskan sekurang-kurangnya 30 peratus calon orang muda pada PRU ke-14. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu.
Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pemilihan Bersatu: Mas Ermieyati sah tawar diri tanding jawatan Ketua Srikandi
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).
Audit bebas terhadap HRD Corp langkah tepat kembalikan kepercayaan rakyat - PAC
Mas Ermieyati berkata, ia membuktikan Sim berpegang kepada janji untuk tidak menyembunyikan sebarang kebenaran.