JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan tertinggi dalam kalangan universiti awam di Malaysia pada tahun lepas iaitu 97.9 peratus.
Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 31.2 peratus graduan menerima gaji premium iaitu RM4,000 dan ke atas sekali gus membuktikan universiti itu mampu menghasilkan graduan holistik sebagaimana digariskan Kementerian Pengajian Tinggi.
"Ini bermaksud bahawa graduan kita sering didambakan oleh pihak industri atau majikan.
"UTM juga telah diiktiraf sebagai Employers' Preferred University dengan penarafan enam dan lima bintang dalam pelbagai bidang oleh Talentbank - National Graduate Employability Index," katanya pada sidang media sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-66 (MK66), di sini hari ini.
Ahmad Fauzi berkata UTM juga telah mendapat pelbagai penarafan antaranya berada di kedudukan pertama di Malaysia dalam QS World University Rankings by Subject 2022 bagi kategori Architecture/ Built Environment dan Engineering - Civil and Structural.
Ahmad Fauzi berkata UTM juga telah mendapat pelbagai penarafan antaranya berada di kedudukan pertama di Malaysia dalam QS World University Rankings by Subject 2022 bagi kategori Architecture/ Built Environment dan Engineering - Civil and Structural.
Beliau berkata meskipun penarafan seumpama itu adalah penting, UTM juga amat menitik berat terhadap aspek kemenjadian seseorang graduan secara holistik dan tidak fokus semata-mata kepada aspek akademik sahaja.
"Apabila graduan mendapat pekerjaan, aspek yang dinilai oleh majikan untuk peningkatan kerjaya bukan lagi pendidikan akademik, sebaliknya sahsiah, jati diri dan juga emosi mereka. Ini antara aspek yang ditekankan UTM terhadap graduan-graduan, sama ada terdiri daripada penuntut tempatan mahupun antarabangsa," katanya.
Terdahulu, beliau berkata Majlis Konvokesyen UTM Ke-66 yang berlangsung lima hari dan melabuhkan tirainya hari ini, melibatkan secara keseluruhan 7,934 graduan dengan 441 orang menerima Ijazah Doktor Falsafah; 1,478 Ijazah Sarjana; 4,368 Ijazah Sarjana Muda dan 703 Diploma.
Beliau berkata majlis yang melibatkan sembilan sesi itu turut menyaksikan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada dua tokoh akademik, iaitu Dr Bahrom Sanugi dan Dr Mohd Nawi Derahman.
"Selain itu, 755 pula merupakan graduan antarabangsa dari 42 buah negara dan graduan paling ramai adalah dari Indonesia, Iraq dan Bangladesh," katanya.
Beliau pada masa sama turut menitipkan pesanan kepada graduan UTM agar menjadi insan yang mempunyai jati diri, berpengetahuan tinggi dan elok budi pekerti, mesra komunikasi dan sentiasa berdaya tahan bagi mengharungi cabaran pada masa depan.
"Perkasakan sifat peribadi, bangunkan personaliti berkarisma dan rebut peluang diberikan, maksudnya kalau ada peluang jangan lepaskan.
"Mereka juga saya lihat perlu ada 3Q iaitu social quotient, emotional quotient dan adversity quotient, (kecerdasan sosial, emosi dan kesukaran) ini yang akan menentukan tahap mana pelajar kita dalam apa jua bidang diceburi kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022
AHMAD FAUZI: UTM juga telah diiktiraf sebagai Employers' Preferred University dengan penarafan enam dan lima bintang dalam pelbagai bidang oleh Talentbank. - Foto UTM
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Lima ahli keluarga suspek ditahan bawah SOSMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA pada Jumaat.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.13 mata kepada 1,621.05 daripada paras penutup 1,629.18 pada Khamis.
Niaga SPOTLIGHT: Human capital - Economic migration & brain drain
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Keluarga Maradona halang lelongan Bola Emas
Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh peniaga barangan antik.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.
Lelaki kerugian RM12,000 angkara 'Love Scam'
Mangsa berkenalan dengan suspek yang mengaku dirinya sebagai 'perempuan' melalui aplikasi cari jodoh, Tinder.
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Naib Canselor UTM rakyat Malaysia pertama terima Hadiah Mustafa
Ahmad Fauzi merupakan rakyat Malaysia pertama dan warga rantau Asia Tenggara kedua dinobatkan sebagai penerima Hadiah Mustafa.
UTM catat 97.9 peratus kadar kebolehpasaran, tertinggi di Malaysia
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 31.2 peratus graduan menerima gaji premium iaitu RM4,000 dan ke atas.
PKPD: MKN ambil alih kawalan UTM hingga 3 Jun
Segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.