SHAH ALAM: Wakil rakyat sedia ada di negara ini tidak ada masalah sekiranya kerajaan memutuskan pencen mereka juga dimansuhkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, urusan pencen adalah hak kerajaan dan beliau menerima apa sahaja keputusan dibuat.
“Semua atas kerajaan. Kalau kerajaan batalkannya, kita terima. Kalau diteruskan, kita ikut kerana ini keputusan kerajaan. Bukan kita yang membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah juga tidak mempunyai masalah sekiranya pemansuhan pencen penjawat awam dimulakan dengan wakil rakyat terlebih dahulu.
Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut perlu dikaji dan diteliti secara menyeluruh sebelum dilaksanakan.
“Saya tiada masalah cuma nak lihat kajian dan cadangan bagaimana ia dilaksanakan. Kalau ada kebaikan, apa salahnya.
“Andai kata kita tiada pencen nanti, maksudnya lepas kita tidak lagi menjadi wakil rakyat, paling tidak pun adalah sedikit imbuhan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui perkara baharu itu bukan mudah untuk dilaksanakan.
“Sudah berpuluh tahun kita ada sistem pencen kemudian mahu dimansuhkan, sudah tentu bukan mudah kerana melibatkan ramai pihak,” jelasnya.
Sementara itu, ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol menawarkan diri menjadi wakil rakyat pertama dimansuhkan pencennya.
Namun, katanya, pemansuhan skim pencen perlu selaras kepada ahli politik baharu terutama yang berkhidmat cuma sepenggal.
“Mungkin tidak adil bagi wakil rakyat yang telah berkhidmat dalam tempoh yang panjang.
“Tapi bagi ahli politik yang baharu atau berkhidmat sepenggal lebih relevan untuk tidak memperoleh pencen,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau turut mencadangkan agar kaedah baharu seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan untuk wakil rakyat bagi menggantikan skim pencen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 27 2024
Dari kiri, Fahmi, Mohd Amar dan Mohd Sany.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Januari 2024.
Skim pencen wakil rakyat: DAP bersama kerajaan - Loke
DAP tetap bersama-sama kerajaan dalam membuat perubahan membabitkan isu skim pencen wakil rakyat, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.
Wakil rakyat tidak kisah jika pencen mereka dimansuhkan
Mohd Amar berkata, urusan pencen adalah hak kerajaan dan beliau menerima apa sahaja keputusan dibuat.
Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis
Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mendekatkan rakyat dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap isu infrastruktur yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.
PRK Kemaman: Pengundi India mahu wakil rakyat lantang bawa suara minoriti
Jumlah mereka tidak ramai, namun pengundi India di Kemaman mengimpikan wakil rakyat yang dipilih dapat mengangkat suara kumpulan minoriti.
'Wakil rakyat menang jangan tinggal kawasan'
Muhammad Taufik berkata, calon yang menang perlu tetap berkhidmat, menyalurkan peruntukan dan pastikan kawasan tersebut dibangunkan.
Pembangkang terima peruntukan dalam bentuk projek, bantuan terus - Rafizi
Ahli Parlimen pembangkang yang mahu peruntukan daripada kerajaan boleh terus mengisi borang dan nyatakan sebab permohonan itu dibuat.
Baru sehari menang, Suhaizan terima lebih 30 permohonan rakyat
Permohonan tersebut banyak berkisarkan kepada keperluan infrastruktur penduduk, terutamanya melibatkan isu-isu perumahan.
PRK: DAP jalan gerak kerja yakinkan pengundi luar kawasan balik mengundi
DAP bimbang peratusan keluar mengundi rendah, memandangkan ketika ini ramai pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan yang bekerja di luar kawasan.