PETALING JAYA: Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin gemar melihat mural yang dilukis oleh penduduk di dinding tangga tengah naik ke rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, di sini.
Seorang jiran Noorshamilla Kamaruddin,31, berkata Zayn Rayyan yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki autistik suka menggunakan tangga tengah itu semasa naik ke rumahnya untuk melihat lukisan mural yang memaparkan bendera negeri-negeri di Malaysia serta kartun watak "Marvel", meskipun tangga hujung lebih hampir dengan rumahnya.
"Zayn Rayyan suka tengok gambar, pelukis mural pun orang sini, setiap tingkat memang ada lukisan mural ini tapi dekat tangga tengah sahaja. Lukisan ini dilukis pada masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), dekat tangga bawah sekali ada lukisan Jalur Gemilang," katanya ketika ditemui pemberita di pangsapuri itu, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi jiran Esma Hakim, 28, berkata sejak kejadian yang menimpa Zayn Rayyan, beliau tidak dapat menghantar tiga orang anaknya ke sekolah kerana mereka enggan dan takut ke sekolah.
"Tapi sekarang terus tak nak ke sekolah, sudah maklum kepada guru sebab dia takut, kita mak ayah pun jadi risau untuk lepaskan anak-anak," katanya sambil memegang anak keduanya yang sebaya dengan Zayn Rayyan.
Esma juga berkata suasana setiap aras di Blok R, Apartment Idaman kini agak sunyi, tidak seperti sebelum kejadian yang riuh rendah dengan gelagat kanak-kanak bermain pada waktu petang hingga Maghrib.
Seorang penduduk dari Blok S yang bertentangan dengan Blok R, Anzari Ali Ahmad, 68, juga menyatakan rasa bimbang kerana sejak 20 tahun beliau tinggal di kawasan itu, ini kali pertama kes sedemikian berlaku.
Beliau berkata sebagai datuk kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, kebimbangan itu turut dirasai kerana cucunya selalu meminta untuk bermain di buaian yang sama dengan Zayn Rayyan selalu bermain.
Dalam pada itu, tinjauan BERNAMA mendapati lokasi kejadian masih dipasang garisan kuning polis dan pencarian petunjuk masih giat dijalankan oleh pihak polis.
Selepas dilaporkan hilang tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai, Zayn Rayyan,6, ditemukan maut dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada keesokkan hari, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai dan kes disiasat sebagai kes bunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Lukisan mural yang dilukis pada masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu, sering menambat perhatian Zayn Rayyan, menurut kata jirannya. - Bernama
[TERKINI] ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada jam 1.38 petang di Hospital Seberang Jaya.
DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'
DoubleTree by Hilton serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Google Play Store kini benarkan penetapan harga jualan aplikasi sehingga RM4,800
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Semak arah kiblat kediaman masing-masing
Peristiwa Istiwa' A'zam bakal berlaku lagi pada 27 atau 28 Mei dan 15 atau 16 Julai ini.
Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa
Pendarahan yang dialaminya berterusan hingga hari kelapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
Kes Zayn Rayyan: Polis nafi lambat bertindak
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua pihak boleh menilai sendiri berdasarkan liputan yang dibuat secara meluas sepanjang siasatan dijalankan.
Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan
Ganjaran ditawarkan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
Zayn Rayyan sentiasa dalam ingatan - Ibu
Meskipun sudah sebulan setengah pemergian insan istimewa arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun keletah dan aksinya sentiasa dalam ingatan.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.
Polis teruskan siasatan, tidak klasifikasi kes Zayn Rayyan 'NFA'
Hussein Omar memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan.
Ibu Zayn Rayyan beri izin orang ramai ziarah kubur
Ismanira berkata ramai yang menyatakan hasrat mahu menziarahi pusara Zayn, terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol
PDRM masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol
Polis memohon bantuan daripada Interpol untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.