GEORGE TOWN: Agenda 30 peratus perwakilan wanita untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang bakal dibawa oleh Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang membuka tirainya esok.
Naib Ketuanya Datuk Norliza Abd Rahim berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita layak menjadi pemimpin dan perlu diberi kesaksamaan jantina.
"Pada PRN Johor baru-baru ini, kita dapat lihat sendiri bahawa kita menang hampir semua kerusi yang ditandingi Wanita UMNO.
"Ini agenda yang kita akan bawa dari semua negeri agar calon-calon wanita diberi keutamaan dan diletakkan di tempat-tempat yang boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Back to School 2022 anjuran UDA Holdings Bhd di sini hari ini.
Norliza yang juga pengerusi UDA Holdings berkata keputusan PRN Johor perlu diambil kira dalam strategi parti untuk PRU akan datang kerana ia menunjukkan rakyat mengiktiraf kemampuan wanita untuk menjadi pemimpin.
"Sudah sampai masanya wanita-wanita yang mempunyai kelebihan diberi tempat dan saya rasa pucuk pimpinan sudah mula sedar bahawa peluang kemenangan itu cerah apabila meletakkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Naib Ketuanya Datuk Norliza Abd Rahim berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita layak menjadi pemimpin dan perlu diberi kesaksamaan jantina. - Foto Sinar Harian
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
PRK Kemaman: Wanita UMNO sedia kempen dalam banjir, dahulukan bantu rakyat terjejas
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad berkata segala perancangan dan langkah berjaga-jaga telah diatur bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana itu ketika tempoh kempen PRK berlangsung.
Kemenangan BN bukti formula Kerajaan Perpaduan diterima rakyat - Noraini
Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu membuktikan formula kerjasama di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima oleh rakyat.
Wanita UMNO minta ahli, pemimpin tumpu kepada PRK
Wanita UMNO meminta seluruh ahli dan kepimpinan parti itu agar memberi tumpuan kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Wanita UMNO tubuh kumpulan pemantau teliti dasar kerajaan
Noraini menjelaskan Wanita UMNO akan sentiasa memantau setiap dasar dan tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan.
PAU2023: UMNO perlu kompromi untuk pastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan - Noraini
Beliau menegaskan Perhimpunan Agung Wanita UMNO kali ini sangat penting untuk bersama-sama mencari formula terbaik, dalam usaha memberikan nafas baharu kepada wanita.
Wanita UMNO desak Bank Negara beri jaminan tiada lagi kenaikan OPR
Wanita UMNO menggesa Bank Negara memberi penjelasan yang lebih jelas kepada rakyat berhubung kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini.
Wanita UMNO tiada masalah bekerjasama dengan wanita PH hadapi PRN
Jentera Wanita UMNO tidak mempunyai masalah dan sentiasa bersedia bekerjasama dengan jentera Wanita Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.
Pemilihan UMNO: Muka baharu terajui Pemuda dan Puteri, Wanita kekal penyandang
Dua muka baharu menerajui Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO manakala Wanita UMNO kekal dengan penyandangnya dalam Pemilihan UMNO 2023.
Wanita UMNO tak boleh sekadar duduk dalam bayang-bayang lagi - Shahrizat
Keberadaan itu penting, dan Wanita UMNO tidak boleh memimpin secara senyap, bergerak seperti bayang-bayang sahaja.
Sue Megat Deraman tawar diri bertanding jawatan Exco Wanita UMNO
Sue Megat Deraman menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn, pada hari Isnin lepas.