Kehadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada program anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti namun ia bukan satu isu bagi presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, Anwar berkata selain Mohamed Azmin, ramai lagi pemimpin parti itu yang turut hadir pada sambutan ulang tahun ketiga Bersatu di Shah Alam, Selangor, Khamis lalu.
"Tidak ada masalah, dia hadir bila dijemput... jadi saya ingat tak berbangkit masalah ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak, di sini, pada Isnin.
BACA: Tiada permohonan Azmin, Xavier untuk sertai Bersatu - Tun M
BACA: Selepas Bersatu, Azmin didakwa akan sertai Gerakan pula
Kehadiran Mohamed Azmin ke majlis parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu antara lain menimbulkan spekulasi beliau akan menyertai Bersatu.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kehadiran pemimpin parti dalam PH, termasuk Mohamed Azmin, bukan petanda mereka akan menyertai Bersatu.
BACA: Tidak relevan bagi saya jika Azmin, Zuraida dipecat - Anwar
BACA: Anwar sudah jangka Azmin tidak hadir program temurapat
Mengenai mesyuarat berkenaan, Anwar berkata ia memberi fokus kepada persediaan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada 2021.
"Saya tekankan beberapa perkara... termasuk kukuhkan jentera dan parti harus bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh, saya puas hati kerana nampak ada suatu fokus dalam pemerkasaan jentera parti.
"PRN kita tak tahu bila akan diadakan, kita minta mereka persiapkan jentera dan tumpu kerja, sekarang ini rakyat harapkan parti dan wakil rakyat dan jentera kerajaan menjaga kepentingan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 16 2019
Anwar hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak di Kuching, 16 Sept, 2019. Turut kelihatan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian (lima, kanan). --fotoBERNAMA
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
Mesyuarat Khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin Dunia
Dunia sedang diasak dengan pelbagai masalah dan ramai yang bertanya; apa hala tuju dan ‘Wawasan Baharu’ dunia? Ikuti langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Rwanda, Paul Kagame, Menteri Ekonomi Arab Saudi, Faisal Alibrahim berkongsi pentas di Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Riyadh.
#AWANInews #SpecialMeeting24
#AWANInews #SpecialMeeting24
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.