KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta 12 individu hari ini memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakan tindakan undang-undang berhubung pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai sebuah parti politik, selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah permohonan Muda.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly ketika dihubungi pemberita berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas AGC tidak membantah permohonan Muda dan menetapkan 8 Jun untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli.
Peguam Lim Wei Jiet, yang mewakili kesemua pemohon turut mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin masih belum membuat keputusan berhubung rayuan Muda untuk mendaftarkan parti berkenaan.
Pada 26 April lepas, Syed Saddiq yang merupakan pengasas parti itu serta 12 individu selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan Muda sebagai sebuah parti politik.
Mereka menamakan Menteri Dalam Negeri dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.
Dalam permohonan itu, mereka memohon suatu perintah mandamus untuk responden pertama (Menteri Dalam Negeri) mencapai suatu keputusan di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 berhubung rayuan pemohon terhadap keputusan RoS pada 6 Jan lepas yang menolak pendaftaran Muda sebagai pertubuhan di bawah kategori parti politik dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah berkenaan.
Mereka juga memohon suatu perintah ganti rugi termasuk ganti rugi teruk dan teladan yang akan dinilai selain kebebasan untuk memohon serta segala relif, arahan dan perintah yang diperlukan sebagaimana difikirkan adil oleh mahkamah.
Pada 4 Feb lepas, Muda menghantar surat rayuan berhubung pendaftarannya sebagai sebuah parti politik kepada RoS dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Permohonan pendaftaran parti itu dihantar pada September 2020 oleh Syed Saddiq yang merupakan bekas Ketua Armada Bersatu, namun ditolak RoS pada Januari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021
Syed Saddiq serta 12 individu memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi memulakan tindakan undang-undang berhubung pendaftaran Muda. - Gambar fail/ Bernama
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
AWANI 7:45 [05/05/2024] – Selesai masalah orang kampung | Kecederaan pemain bola sepak Malaysia | Bapa dan dua anak lemas
Satu kampung, satu pemimpin, PM cadang mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
AWANI Ringkas: Jenayah terhadap atlet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Pelan pengurusan bencana jika berlaku kejadian luar jangka
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin beri jaminan, jemaah haji Malaysia musim kali ini tidak perlu risau dengan kemungkinan berlaku bencana luar jangka sama ada di Madinah atau Mekah kerana kerajaan mempunyai pelan pengurusan bencana yang akan dilaksanakan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sentimen pengundi fasa akhir kempen
Wartawan Firdaus Azil melakukan tinjauan sekitar Kuala Kubu Baharu dalam fasa akhir pilihan raya kecil.
Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa kerajaan terlibat dalam proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan membawa usul pemansuhan pencen ahli politik peringkat Persekutuan dan negeri di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini
Nasib Syed Saddiq sama ada dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis.
Syed Saddiq dakwa peruntukan ditarik balik selepas keluar Kerajaan Perpaduan
Menurutnya, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.
PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, mereka terbuka untuk menerima mana-mana Ahli Parlimen terutamanya yang berprinsip.
"Hipokrit!" - kata Syed Saddiq kepada kerajaan
Tegasnya, sebelum ini dilaungkan mahu lawan rasuah, tidak akan gugurkan kes dan mahu penjarakan kleptokrat namun hari ini berbeza pula.
Hero rakyat Malaysia sekarang ialah YB Muar - Shahidan
PN meminta Peguam Negara untuk menjelaskan keputusana pembebasan tersebut kerana ramai yang sudah buka mulut, membincangkan kes tersebut.
Syed Saddiq ditempatkan di blok pembangkang - Johari
Ahli Parlimen Muar ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan ditempatkan di blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat mulai esok susulan keputusannya untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Syed Saddiq sah tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, secara rasmi menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan menjadi pembangkang kuasa ketiga.