POLITIK
Najib terus 'bahan' PH, kali ini pasal duit minyak

Ciapan Najib sentiasa mendapat perhatian netizen kerana sindirannya terhadap PH. - Gambar fail
Status 'membahan' kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian netizen.
Terbaharu, ciapan beliau yang menyindir PH mengenai kaunter duit minyak mendapat 3,800 likes dan 3,500 retweet.
"Kaunter claim duit minyak Pakatan Harapan kat mana?" tanya Najib dengan sinis.
Sindiran itu dibuat ekoran kenyataan PH mengenai gambar wanita memberikan wang kepada beberapa masyarakat Orang Asli yang tular ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada Sabtu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami