Pakatan Harapan cuba menyembunyikan fakta daripada rakyat Malaysia bahawa DAP, yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen dalam kalangan parti gabungan pembangkang itu, sebenarnya yang menentukan siapa bakal Perdana Menteri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak berkata walaupun pakatan itu mencadangkan ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi Perdana Menteri berikutnya tetapi dalam realiti politik, jawatan itu akan diputuskan oleh parti yang mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen.
"Dalam kes Barisan Nasional, perkara itu akan diputuskan oleh UMNO terutamanya kerana UMNO memiliki kerusi terbanyak.
"Bagi Pakatan Harapan, DAP yang mempunyai kerusi paling banyak, dan ini bermakna DAP yang akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, dan bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim seperti mana yang dicadangkan itu," katanya dalam catatan terbaru blog beliau malam tadi.
BACA: Anwar Ketua Umum, Mahathir Pengerusi, Wan Azizah Presiden Pakatan Harapan
Salleh berkata fakta itulah yang cuba disembunyikan Pakatan Harapan daripada rakyat Malaysia dengan menamakan Anwar sebagai perdana menteri berikutnya, namun pada masa sama melantik perdana menteri sementara sehinggalah beliau dibebaskan daripada penjara.
Selain itu, katanya, penasihat DAP Lim Kit Siang mahu orang Melayu berfikir bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah sentiasa daripada kalangan orang Melayu kerana itu adalah satu-satunya cara bagi Pakatan Harapan mendapatkan sebanyak mungkin undi daripada mereka.
Bagaimanapun, Salleh yang juga Bendahari UMNO percaya bahawa tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak mudah meraih undi pemilih Melayu.
"Malah, DAP masih belum memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dan Mahathir pula merasakan beliau adalah gam yang mengikat Pakatan Harapan walaupun wujud banyak perbezaan di antara mereka.
Tetapi partinya, PPBM, hanya mempunyai satu kerusi dan tidak mempunyai kuasa untuk bercakap lebih," kata beliau.
Selain menamakan Anwar sebagai pemimpin umum, mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan yang berlangsung lima jam pada malam Khamis turut melantik Dr Mahathir (PPBM) sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) sebagai Presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2017
SALLEH: Dalam kes Barisan Nasional, perkara itu akan diputuskan oleh UMNO terutamanya kerana UMNO memiliki kerusi terbanyak.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Tambahan 10 lagi kontena Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia ke Gaza
Penambahan 10 lagi kontena bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan Malaysia kre Gaza menjadikan keseluruhan 110 kontena akan dihantar ke wilayah tersebut.
[INFOGRAFIK] Keseimbangan kehidupan bekerja
[INFOGRAFIK] Keseimbangan kehidupan bekerja
Pusat perubahan Madinah sedia perkhidmatan terbaik
Pusat Perubatan Madinah yang mula beroperasi hari ini dengan dilengkapi pelbagai kemudahan bersedia memberi rawatan kepada jemaah yang mungkin diuji dengan masalah kesihatan sepanjang operasi musim haji tahun ini. Editor Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah membawakan laporan dari Madinah.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Agong tiba di Singapura bagi lawatan negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura pada Isnin bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Lawatan Negara itu adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Januari lalu dan ia merupakan jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Malaysia seru kukuhkan perpaduan negara anggota OIC untuk hadapi cabaran dalam Dunia Islam
Malaysia menyeru supaya perpaduan dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diperkukuh bagi menghadapi cabaran yang dihadapi Dunia Islam.
Kes tembak Pasir Mas: Empat individu selesai beri keterangan
Polis selesai mengambil keterangan empat individu berhubung kes tembakan di Kampung Alor Pinggan di Gelang Mas, Pasir Mas, Ahad lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.