IPOH:Pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, termasuk daripada Pas, hanya akan dimuktamadkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, beliau hanya boleh mencadangkan nama Exco mengikut kesesuaian, tetapi hak untuk memperkenannya terletak pada kuasa mutlak Sultan.
"InsyaAllah, lima lagi Exco kita akan penuhkannya apabila tiba masanya. Kita akan penuhkannya sepertimana yang sebelum ini. Akan tiba masanya, pelantikan itu akan dibuat.
"Cuma, harus diingat bahawa, Menteri Besar hanya boleh mencadangkan nama Exco, hak mutlak untuk memperkenankan cadangan tersebut dan pelantikan Exco adalah milik Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memulakan tugas hari pertama di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Saarani tidak menolak kemungkinan akan membuat pengubahsuaian dan penambaikan terhadap portfolio Exco, mengikut kesesuaian semasa.
[LAPOR LANGSUNG]: Saarani MB baharu Perak
BACA: Kerajaan negeri tidak akan hilang fokus - Saarani
BACA: Saarani mula tugas sebagai Menteri Besar Perak
Menurutnya, kajian semula akan dibuat kerana, berasaskan kepada tempoh sembilan bulan yang lalu, mungkin terdapat kelemahan yang perlu dibaiki.
Semalam, istiadat pelantikan lima Exco dibuat selepas majlis angkat sumpah menteri besar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, tanpa membabitkan wakil Pas.
Empat daripada mereka adalah dari UMNO dan seorang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Terdahulu hari ini, tular di media sosial, surat yang ditandatangani Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memohon menghadap Sultan Perak.
Ia bertujuan menyembah maklum kedudukan parti itu berkait krisis politik negeri ini.
Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dilaporkan berkata, beliau yakin parti itu tidak akan ditinggalkan dalam pembentukan Exco kerajaan negeri yang baharu.
Ia berdasarkan keyakinan bahawa semangat setiakawan dan penyatuan ummah yang terjalin antara Pas dan UMNO akan terus kekal.
Bagaimanapun, katanya, Pas Perak akur dengan sebarang keputusan sekiranya tidak dilantik menganggotai barisan Exco di bawah pimpinan Saarani.
Katanya, faktor kredibiliti wakil rakyat yang dipilih adalah lebih diutamakan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 11 2020
![Politik Perak: Lantikan Exco kerajaan negeri hak Sultan - Saarani Politik Perak: Lantikan Exco kerajaan negeri hak Sultan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607590187_SaaraniMohamad.jpg)
Saarani tidak menolak kemungkinan mengubah suai portfolio Exco mengikut kesesuaian semasa, kerana berdasarkan tempoh sembilan bulan yang lalu, mungkin ada kelemahan yang perlu dibaiki. - Gambar fail
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PRCA Malaysia julung kali lantik pengamal perhubungan awam dari industri berbeza PRCA Malaysia julung kali lantik pengamal perhubungan awam dari industri berbeza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716516298_Mashup.jpg)
PRCA Malaysia julung kali lantik pengamal perhubungan awam dari industri berbeza
Langkah memperluaskan keahlian Exco ini mencerminkan komitmen PRCA Malaysia terhadap keterangkuman dan kecermerlangan.
![ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700838719_AmirudinShari.jpg)
ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Muhammad Izuan berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.
![Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681373594_WanRosdy.jpg)
Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.
![Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694521789_TBMATSABUMITEC.jpg)
Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.
![Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691918392_LandingPlane.jpg)
Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
![Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680317366_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.
![Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671112983_runtuhansilingbaz.jpg)
Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.
![Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669972862_DUNSELANGOR.jpg)
Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco
Halangan fizikal dan provokasi pihak tertentu antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram.
![10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak 10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669092556_MajlisAngkatSumpah.jpg)
10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.
![Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663364703_PotongQ.jpg)
Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.