GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan melantik 'Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat' susulan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam, dan Teluk Bahang.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tindakan diambil supaya kesemua 'ADUN angkat' itu menguruskan keempat-empat kawasan berkenaan dalam tempoh kekosongan.
"Ekoran pengosongan ini, kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk membolehkan pelantikan ADUN angkat yang terdiri daripada beberapa ADUN untuk mengurus kawasan berkenaan.
"Tindakan juga diambil supaya rakyat dan pengundi tidak berasa terpinggir serta mendapat pembelaan dan dijaga oleh kerajaan negeri dengan peruntukan yang sama di kawasan masing-masing," katanya pada persidangan DUN Pulau Pinang hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) berkenaan tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk menjaga empat kawasan DUN terlibat.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Lim berkenaan dakwaan ketua pembangkang Parlimen dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa tindakan meluluskan usul mengosongkan kerusi empat ADUN adalah penyalahgunaan kuasa, Chow berkata kenyataan berkenaan adalah penghinaan kepada Mahkamah Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
DUN Pulau Pinang semalam telah membahaskan dan meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi ADUN yang terdiri daripada ahli Bersatu iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang).
Keempat-empat mereka meninggalkan bangunan DUN kira-kira pukul 1 tengah hari selepas diarahkan berbuat demikian oleh Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang sebaik sahaja usul itu mendapat sokongan majoriti ADUN.
Law turut memaklumkan bahawa sesuatu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan DUN akan terbubar kurang daripada dua tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Chow Kon Yeow berkata tindakan diambil supaya kesemua 'ADUN angkat' itu menguruskan keempat-empat kawasan berkenaan dalam tempoh kekosongan. -Gambar fail/Bernama
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Pulau Pinang umum pelan untuk Taman Reka Bentuk IC dan digital
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Projek lebuh raya bertingkat, air Perak-P.Pinang dalam perbincangan - Chow
Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang, kini dalam peringkat perbincangan melibatkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Chow
Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan.
Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion pada 2023, tertinggi di Malaysia
Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia.