KUALA LUMPUR: Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang ditawarkan mampu merubah landskap politik negara daripada bersifat konfrontasi kepada yang tidak terlalu partisan sifatnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Bagi beliau, ia satu pencapaian yang mempunyai makna amat besar, begitu juga kesannya kepada negara.
"Ia merupakan satu permulaan, saya berkeyakinan dalam masa terdekat kerajaan akan ambil beberapa lagi langkah bersifat transformatif yang lazimnya kalau dulu tidak dilaksanakan, tetapi kerajaan pimpinan Perdana Menteri sekarang saya nampak mempunyai keazaman politik tanpa sebarang keraguan untuk melakukan kebaikan untuk negara," katanya.
Annuar berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Naratif bertajuk Hari Malaysia: Kita Keluarga Malaysia terbitan RTM malam tadi.
Tujuh Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dalam usaha mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Ia termasuk pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Yakin ia akan disambut baik rakyat dan pemimpin parti pembangkang, Annuar turut melihat konsep inklusif yang cuba diterapkan kerajaan ini akan terus menjadi satu teras dalam kepimpinan Perdana Menteri dalam memajukan negara.
Mengulas mengenai Keluarga Malaysia, Annuar berkata konsep berkenaan mampu menjadi satu kekuatan yang cukup hebat kepada perpaduan dan semangat patriotik rakyat kepada negara.
"Nilai-nilai harmoni, bersatu padu, ada rasa kecintaan, keprihatinan satu sama lain, kerukunan, kalau kita terjemah nilai-nilai itu dalam pengurusan negara ia menjadi satu falsafah pengurusan yang sangat besar maknanya pada pembinaan negara bangsa," katanya.
Malah beliau berkata konsep berkenaan amat bersesuaian diperkenalkan menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lepas dan Hari Malaysia pada 16 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Annuar turut melihat konsep inklusif yang cuba diterapkan kerajaan akan terus menjadi satu teras dalam kepimpinan Perdana Menteri dalam memajukan negara. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.