KOTA KINABALU:UMNO Sabah tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan pada 16 Januari depan.
Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata keputusan itu dibuat hari ini berdasarkan beberapa faktor.
"Kita telah memutuskan untuk tidak meletak calon dan keputusan ini dibuat tadi oleh UMNO Sabah berdasarkan beberapa faktor iaitu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, UMNO tidak bertanding di kawasan itu.
"Keputusan ini juga diambil oleh UMNO Sabah berdasarkan kuasa autonomi yang ada," katanya dalam sidang media yang diadakan di sini pada Sabtu.
BACA: Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR
Tambahnya UMNO Sabah hari ini turut menerima beberapa keahlian pemimpin yang berhasrat menyertai UMNO semula.
Antaranya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak; ADUN Sugut, Datuk James Ratib; bekas ADUN Pitas, Datuk Bolkiah Ismail; bekas ADUN Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail dan bekas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar.
Sementara itu menurut Bung, kemelut politik di negeri Perak tidak akan menjejaskan senario semasa politik dan pentadbiran di Sabah.
Kemelut itu juga katanya tidak mengubah hubungan setiakawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan mengingatkan rakan gabungan agar memahami satu sama lain.
"Apa yang berlaku di Perak itu hanya sentimen di Perak, kita di Sabah punya sentimen kita utamakan kepentingan rakyat.
"Apa yang penting, apa yang kita harapkan pemimpin di Sabah ini memahami antara satu sama lain, bermakna kita mesti bersama-sama tidak boleh berpecah-pecah, kalau kita berpecah itulah akibatnya, rugi," katanya lagi.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Dec 05 2020

Menurut Bung Moktar keputusan tidak meletakkan calon di PRK Bugaya diambil oleh UMNO Sabah berdasarkan kuasa autonomi yang ada. - Gambar fail

Halang tugas dan ugut polis, 7 direman
Tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di Tanjung Tokong pada Ahad direman.

AWANI Ringkas: Annuar Musa sanggah Ahmad Maslan | Nazri Aziz positif COVID-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Proklamasi Darurat | Pendirian parti politik terhadap proklamasi darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah. Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua Ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.
![[INFOGRAFIK] PERMAI | Menyokong kelangsungan perniagaan [INFOGRAFIK] PERMAI | Menyokong kelangsungan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/25986201321611034760936/1886229_8967789641611034789297_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PERMAI | Menyokong kelangsungan perniagaan
![[INFOGRAFIK] PERMAI | Memelihara kebajikan rakyat [INFOGRAFIK] PERMAI | Memelihara kebajikan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/25986201321611034720063/1886228_8967789641611034751152_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PERMAI | Memelihara kebajikan rakyat

Malaysia Airlines dapat markah penuh bagi protokol keselamatan COVID-19
Menurut tinjauan itu, syarikat penerbangan nasional dianggap cemerlang dalam semua kategori, sehingga dianugerahkan tujuh bintang.

Vaksin COVID-19 selaras tuntutan mencegah penyakit dan kemudaratan - Jakim
Pengambilan vaksin adalah perlu bagi golongan yang diwajibkan oleh pemerintah seperti petugas barisan hadapan dan mereka yang berisiko tinggi.

MetMalaysia uji siren sistem amaran awal tsunami di Kuala Kedah hari ini
Pengarah Meteorologi Kedah Muhammad Khalil Ab Aziz meminta penduduk setempat tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.

89 fasiliti kesihatan terjejas banjir di Pahang
Antara fasiliti yang dinaiki air ialah klinik kesihatan dan klinik desa di Temerloh, Bera, Lipis, Maran, Pekan serta Raub.

Situasi di rantau APAC akan lebih baik pada 2021 - Moody's
Sokongan fiskal dan monetari yang berterusan di kedua-dua pasaran maju dan pesat membangun turut membantu memperbaiki keadaan.

Perak berterima kasih susulan pengisytiharan darurat PRK Gerik - MB
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, jika berlaku PRK sudah tentu berlaku juga pergerakan secara bebas.

BN Sabah sokong pengisytiharan darurat di Bugaya
Keputusan perisytiharan darurat ini adalah tindakan yang perlu supaya tidak memburukkan lagi krisis kesihatan dan mengelak kehilangan lebih banyak nyawa akibat pandemik COVID-19.

SPR akur pengisytiharan darurat di Gerik, Bugaya
SPR akur dengan keputusan pengisytiharan darurat di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.054 Gerik, Perak dan DUN N.66 Bugaya, Sabah.

UMNO Sabah tidak letak calon di PRK Bugaya - Bung Moktar
UMNO Sabah tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan pada 16 Januari depan.

Darurat Bugaya, Gerik: SPR perlu berbincang dengan MKN, KKM - Ismail Sabri
SPR memaklumkan PRK bagi Parlimen Gerik dan Dun Bugaya dilaksanakan secara serentak di mana hari pengundian ditetapkan pada 16 Januari 2021

Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SOP lebih ketat untuk ditetapkan untuk kedua-dua PRK bagi mengelak timbulnya kluster baharu akibat penularan COVID-19.