LONDON: Antonio Conte secara sah dilantik sebagai pengurus baharu kelab Tottenham Hotspur sehingga musim panas 2023.
Pengurus kelahiran Itali itu menggantikan Nuno Espirito Santo selepas 17 perlawanan dalam musim Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menempatkan Spurs di tempat kelapan.
Jelas Conte, dia cukup teruja untuk kembali melatih dan melakukannya di kelab EPL yang mempunyai potensi untuk menjadi watak protagonis semula dalam EPL.
“Saya tidak sabar untuk mula bekerja untuk menyampaikan kepada pasukan dan peminat semangat, mentaliti dan keazaman yang sentiasa membezakan saya, sebagai pemain dan sebagai jurulatih,” jelas Conte dalam satu kenyataan.
Menurut Tottenham, kelab itu mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak bersama Conte yang berusia 52 tahun itu sehingga 2023.
Kepulangan Conte ke London pastinya mewarnai semula saingan di EPL kerana prestasinya yang terbukti luar biasa diiringi rekod kejayaan dengan kelab bimbingannya.
Conte sebelum ini telah melakar rekod cemerlang sewaktu menjadi pengurus Chelsea pada musim 2016-2017 sekali gus menjuarai liga tersebut dan Piala FA.
Pada 2019, dia berpindah ke Itali dan mengemudi Inter Milan dan berjaya menjulang kejuaraan pertama Serie A buat Nerazzurri dalam tempoh 11 tahun sebelum meninggalkan kelab gergasi Itali itu pada Mei lepas.
Selain Spurs, Manchester United yang dilihat agak goyah di bawah kepimpinan Ole Gunnar Solksjaer turut memburu dan memerhatikan Conte untuk dijadikan pengurus.
Astro Awani
Tue Nov 02 2021
Conte sebelum ini telah melakar rekod cemerlang sewaktu menjadi pengurus Chelsea pada musim 2016-2017 sekali gus menjuarai liga tersebut dan Piala FA. - Instagram@spursofficial
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
EPL: Rodrigo Muniz wira Fulham kejutkan Tottenham
Kemenangan dalam aksi ini akan menyaksikan Spurs bimbingan Ange Postecoglou memintas Aston Villa.
Slot Eropah mula gamit Tottenham
Kemenangan ke-16 selepas mengharungi 27 perlawanan menyaksikan angkatan Ange Postecoglou berada dalam kelompok lima teratas dengan 53 mata.
EPL: Aston Villa kukuh cengkaman kelompok empat pasukan terbaik
Villa kini mengintai peluang untuk kelayakan Liga Juara-Juara dan kini berkelebihan lima mata ke atas Tottenham di tempat kelima.
City didakwa kerana kepung pengadil
Manchester City mempunyai masa sehingga Khamis, 7 Disember untuk menjawab pertuduhan itu.
Tottenham atasi tekanan hebat kembali ke puncak EPL
Jaringan Son Heung-min dan James Maddison mengesahkan tiga mata untuk tuan rumah di Stadium Tottenham Hotspur.
Kekentalan Cristian Romero curi perhatian rakan sepasukan Tottenham
Spurs mencipta deretan peluang awal di Kenilworth Road tetapi dua kad kuning Yves Bissouma dalam babak pertama mengubah senario permainan.
Klopp tuntut aksi Liverpool-Spurs dimainkan semula atas kesilapan VAR
PGMOL mengeluarkan perbualan audio antara pegawai dan VAR, tetapi Klopp berkata ia tidak banyak mengubah fikiran mereka.
Richarlison terpaksa dapatkan rawatan psikologi
Penyerang itu memberitahu akhbar O Globo, dia telah melalui masa yang sukar di luar padang sejak lima bulan lalu.
Tottenham, Brentford sama kuat di Stadium Komuniti Gtech
Aksi Tottenham buat pertama kali tanpa kelibat Harry Kane menyaksikan pemain baharu James Maddison menyarung jersi nombor 10.
Pemilik Tottenham berdepan dakwaan bocor maklumat sulit
Pejabat Peguam AS bagi Daerah Selatan New York mendakwa Lewis dengan 16 pertuduhan penipuan sekuriti dan tiga pertuduhan konspirasi.