DEBARAN kian terasa menjelang Piala Asia 2024, ini apabila Arif Aiman diletakkan sebaris dengan nama besar dunia seperti Son Heung-Min dalam satu siaran media sosial.

Disebut bahawa Korea Selatan sedang mengejar gelaran juara Asia kali ketiga, namun mereka perlu hadapi saingan sukar kumpulan E.

Secara tidak langsung, perkara itu menjadikan Harimau Malaya sebagai salah satu ujian besar Taeguk Warriors merealisasikan impian mereka dalam kempen kali ini.

Malaysia bakal bertemu Korea Selatan dalam perlawanan ketiga kumpulan E pada 25 Januari 2024.