PEP Guardiola percaya Lionel Messi merupakan pemain terhebat sepanjang zaman sambil menyifatkan Pele mahupun Diego Maradona sebagai sentimental.
Messi telah lama dianggap antara yang terbaik tetapi dia dan Cristiano Ronaldo dibandingkan Pele dan Maradona di mata sesetengah pihak di sebaliknya tidak pernah menjulang Piala Dunia.
Senario itu kini berubah pada Isnin lalu apabila Messi mengetuai Argentina meraih kejayaan di Qatar 2022 bagi menyamai pencapaian Maradona pada 1986.
Bagaimanapun, di mata pengurus Manchester City itu yang membimbing Messi di Barcelona langsung tidak pernah meragui bintang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut.
"Semua orang mempunyai pendapat mereka tetapi tiada siapa boleh meragui Messi adalah yang terhebat sepanjang masa," katanya.
“Bagi saya, banyak kali sudah saya katakan bahawa dia adalah yang terbaik.
“Sukar untuk memahami bagaimana seseorang pemain mampu mengulangi pencapaiannya dalam tempoh 50 atau 70 tahun lagi.
“Orang yang merujuk Pele atau (Alfredo) Di Stefano mahupun Maradona, orang ramai boleh berkata bahawa ia adalah pemain kegemaran masing-masing tetapi ia pendapat yang sentimental.
“Sebaliknya, bagi saya jika Messi tidak memenangi Piala Dunia sekalipun, tanggapan saya terhadap pencapaiannya dalam bola sepak secara keseluruhannya sama sekali tidak akan berubah.
"Tetapi adalah perkara biasa anda akan diukur menerusi kejayaan. Sudah tentu baginya ia adalah kemuncak gelaran dalam kerjaya luar biasanya."
Astro Arena
Thu Dec 22 2022
Messi mengetuai Argentina meraih kejayaan di Qatar 2022 bagi menyamai pencapaian Maradona pada 1986. - Astro ARENA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.
Messi harap Maradona dapat lihat dirinya julang Piala Dunia
Lionel Messi berkata dia berharap Diego Maradona dapat menyampaikan trofi Piala Dunia kepada dirinya bulan lalu.
FIFA dedah lima bilion orang mengikuti siaran Piala Dunia Qatar 2022
Sebulan selepas Argentina memenangi Piala Dunia Qatar 2022, FIFA mengumumkan kira-kira lima bilion orang mengikuti siaran kejohanan bola sepak paling berprestij itu.
Skuad Piala Dunia Maghribi jadi inspirasi pasukan Haq di MLBB M4 Jakarta
Kehebatan Maghribi di Piala Dunia 2022 menjadi inspirasi buat skuad sukan elektronik, Haq untuk mencipta kejutan pada Kejuaraan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M4, bermula 1 hingga 15 Jan ini.
Disebut pemain paling teruk di Piala Dunia 2022, ini jawapan Toni Kroos!
Dakwaan itu muncul kerana Jerman gagal tembusi fasa kumpulan Piala Dunia 2022 buat kali kedua berturut-turut meskipun dibarisi pemain hebat.
Tiba masa Brazil pandang ke luar
Adakah sudah tiba masanya untuk Brazil menagih khidmat pengurus bukan warganegara?
Polis tahan 690 'bookie' sepanjang Piala Dunia Qatar
Polis menahan 690 individu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dan pertaruhan berkaitan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.
Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona - Guardiola
Senario kini berubah apabila Messi pada Isnin mengetuai Argentina meraih kejayaan di Qatar bagi menyamai pencapaian Maradona pada 1986.
Piala Dunia 2022: Pasukan Argentina diberi sambutan wira oleh ratusan ribu rakyat
Ibu kotanya bagaikan 'lautan manusia' dalam meraikan kepulangan pasukan kebanggaan negara itu.
Bintang Perancis Coman, Tchouameni jadi sasaran kecaman kekalahan Piala Dunia
Susulan kekalahan Perancis pada Piala Dunia 2022, akaun media sosial Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni menjadi sasaran kecaman selepas perlawanan tamat.