"Tahniah Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP musim penuh!" kata Datuk Seri Najib menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau.
BACA: Hafizh Syahrin sah ke MotoGP
Hafizh Syahrin, 23, pelumba yang diberi jolokan 'Pescao 55' mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 tahun ini.
Pelumba yang berasal dari Selangor itu akan berganding dengan bekas juara dunia Moto2 2016, Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan.
-- BERNAMA