KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Masters Malaysia 2022 menemui titik noktah selepas wakil terakhir negara, dua beregu utama negara,mengalami kekalahan di peringkat separuh akhir di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal dalam misi memburu gelaran utama di laman sendiri apabila tewas 14-21, 21-19, 10-21 kepada naib juara Terbuka Malaysia, minggu lepas, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.
Pasangan Fajar-Muhammad akan bertemu rakan senegara, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan di pentas final esok selepas 'The Daddies' menumpaskan beregu China yang semakin meningkat, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-10, 21-19.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Aaron berkata mereka berada di bawah tekanan tinggi pada selang set penentuan selepas ketinggalan 2-11 sebelum akur kepada gandingan Indonesia itu.
Wook Yik, sebaliknya, berkata mereka telah belajar satu pengajaran hebat dan kini menjadikan rekod terikat 3-3 dalam enam pertemuan antara mereka.
Ini merupakan kekalahan separuh akhir kedua berturut-turut selepas gandingan di ranking keenam dunia itu tewas kepada beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 21-23, 9-21 di Terbuka Malaysia, minggu lalu.
Sementara itu, harapan beregu wanita negara,Pearly Tan-Thinaah untuk mara ke final selepas menjuarai Terbuka Swiss 2021 tidak kesampaian selepas kecundang kpada juara dunia dua kali, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.
Selepas tewas mudah 10-21 pada set pembukaan, Pearly-Thinaah bangkit untuk memberi singan sengit sehingga terikat 19-19 pada set kedua tetapi gandingan nombor satu dunia dari China itu bertindak tenang sebelum mengesahkan tempat ke final dengan 21-19.
Qing Chen-Yi Fan akan menentang gandingan Nami Matsuyama-Chiharu Shida pada final esok selepas beregu pilihan keenam kejohanan dari Jepun itu mengalahkan gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong, 24-22, 21-13, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir..
Thinaah, berkata sukar untuk mengikut rentak lawan kerana terus memberi tekanan dengan corak permainan pantas.
Berikutan kekalahan itu, Pearly berkata mereka akan mengkaji kesilapan dan kelemahan dan beralih tumpuan kepada Sukan Komanwel di Birmingham, England, mulai 28 Julai hingga 8 Ogoos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Aaron berkata mereka berada di bawah tekanan tinggi pada selang set penentuan selepas ketinggalan 2-11 sebelum akur kepada gandingan Indonesia itu. - Gambar fail/ Bernama
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Wei Chong-Kai Wun ada peluang ke Olimpik Paris - Bin Shen
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang merebut slot Sukan Olimpik 2024 sekiranya mampu mengekalkan prestasi di Masters Malaysia 2023.
Jurulatih kagum kekentalan Pearly-Thinaah di Masters Malaysia
Semangat juang yang tinggi tetap diperagakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu.
Prannoy raih gelaran sulung jelajah dunia
Pemain perseorangan lelaki India H.S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.
Masters Malaysia: Wei Chong-Kai Wun beri aksi penutup kejohanan dengan penuh dramatik
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan kejayaan muncul sebagai naib juara.
Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Masters Malaysia: Rexy Mainaky berang pengadil hentikan permainan ketika rally berjalan
Pengadil menghentikan permainan kerana mendakwa terdapat komunikasi di antara jurulatih dan pemain Jepun pada waktu itu.
Aaron-Wooi Yik terlepas separuh akhir Masters Malaysia
Gagal pamer prestasi terbaik, mereka dikejutkan pilihan kelapan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia selepas 52 minit.
Wei Chong-Kai Wun tewaskan 'The Daddies' untuk layak ke separuh akhir
Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir Masters Malaysia 2023.
Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Masters Malaysia
Beregu wanita utama negara itu melakukan kejutan dengan menewaskan beregu pilihan keempat daripada Jepun, Yuku Fukushima-Sayaka Hirota.