awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa perlu buat jika disengat tebuan? Ikuti langkah ini ketika terkena sengatan serangga berbisa

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
06/06/2020
06:55 MYT
Apa perlu buat jika disengat tebuan? Ikuti langkah ini ketika terkena sengatan serangga berbisa
Bisa pada sengatan serangga seperti tebuan, lebah dan kala jengking boleh menyebabkan kegagalan pada organ dalaman. - Foto hiasan
SERANGAN serangga berbisa tidak mengenal sesiapa.
Bisa pada sengatan serangga seperti tebuan, lebah dan kala jengking boleh menyebabkan kegagalan pada organ dalaman.
Kes terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Dungun, Terengganu maut akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan pada 31 Mei lalu.
BACA: Dua beradik cedera disengat tebuan, seorang kritikal
Lebih membimbangkan apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mendedahkan sebanyak 106 panggilan kecemasan membabitkan kes berkaitan tebuan dan lebah direkodkan di negeri itu dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Biarpun begitu, malang kadang kala tidak berbau.
Menurut Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, selain langkah pencegahan, masyarakat juga perlu tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya disengat tebuan atau serangga berbisa.
Berikut merupakan tindakan kecemasan atau langkah awal bagi mengelakkan nyawa melayang jika terkena sengatan:
  1. Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
  2. Basuh dengan air dan sabun atua cecair antiseptik.
  3. Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
  4. Bawa mangsa ke kecemasan dengan segera.
Selain itu, Dr Samhan berkata, beberapa langkah pencegahan perlu diamati dalam usaha untuk menjauhi ancaman serangga berbisa ini yang boleh meragut nyawa. Elakkan anak bermain dalam hutan.
  • Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak memakai baju lengan panjang, seluar panjang dan bertopi.
  • Elakkan menggunakan pakaian berwarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
  • Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.
  • Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan.
  • Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan.
Topic Berkaitan
#bisa
#bomba
#cedera
#Dr Samhan Awang
#haiwan
#Hospital
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kala jengking
#Kanak-kanak
#kecemasan
#lebah
#lebih 60 sengatan
#mangsa
#maut
#maut disengat tebuan
#serangan
#serangan tebuan
#serangga
#tebuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan