Sambil sibuk adik-adik yang baru mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia memikirkan hala tuju institusi pendidikan mereka yang seterusnya, penulis berhajat untuk berkongsi kisah 'pembelajaran sebenar' sewaktu di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Artikel ini penulis tujukan kepada semua yang masih mencari hala tuju dan tidak lupa juga kepada ibu bapa yang siang malam tidak lena tidur memikirkan masa hadapan anak mereka.
Bercakap melalui pengalaman sendiri, penulis adalah anak jati Kuala Lumpur yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma In Business Studies (DBS) selama tiga tahun di UiTM Arau (kini dikenali UiTM Perlis).
Di peringkat ijazah, penulis menyambung pengajian dalam jurusan profesional Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) yang tempat pengajiannya adalah di UiTM Shah Alam.
Penulis adalah angkatan mahasiswa pertama yang masuk selepas Institut Teknologi Mara dinaik taraf menjadi UiTM. Lambang ITM pun masih belum berganti di sekitar kampus.
Jadi di sini penulis senaraikan lima sebab kenapa bagi penulis, UiTM adalah pilihan yang baik untuk dipilih oleh anak kita.
Pertama di dalam senarai adalah penggunaan Bahasa Inggeris (BI) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini adalah satu ciri yang 'mahal'. Ketika masuk ke UiTM, penulis memang tidak begitu pandai untuk bertutur atau menulis dalam bahasa ini.
Tetapi dek kerana proses mengajar dan belajar dilakukan dalam BI, jawab kuiz pun dalam BI, jawab 'final exam' pun dalam BI, maka mahu atau tidak mahu, kena buat bagi pandailah juga.
Keyakinan diri
Masih terkenang wajah berang pensyarah BEL 100 (kod mata pelajaran untuk Basic English Learning), Chiang yang cukup marah dengan gelagat endah tak endah penulis di dalam kelasnya di Blok Kayu UiTM Arau.
Kerana tidak minat dan kurang keyakinan diri, penulis pada awalnya sudah angkat bendera putih bagi mata pelajaran ini.
Tetapi berkat kegigihan para pensyarah saban semester, situasi berubah.
Penulis juga memberanikan diri untuk menyertai 'English Debate Society' dan di sinilah kebolehan bercakap ala 'mat saleh' pantas berkembang.
Pada akhir pengajian, penulis termasuk dalam senarai pelajar yang biasa terpilih mewakili UiTM Arau dalam pertandingan-pertandingan debat Bahasa Inggeris.
Malah penulis terpilih untuk menyertai latihan pusat yang mengumpulkan pendebat terbaik dari semua kampus UiTM seluruh Malaysia bagi pemilihan untuk ke pertandingan debat dunia.
Bagi penulis, itu satu perubahan dan pencapaian yang besar.
Seluruh negara
Sebab kedua adalah jumlah kampus UiTM yang banyak di seluruh negara. Dengan lebih 30 kampus, selain dapat menawarkan lebih banyak tempat untuk pembelajaran akademik, ia juga memberi lebih peluang pembelajaran di luar kelas.
Setiap kampus pula ada ekosistem dalamannya sendiri, berjalan seolah-olah ia adalah sebuah universiti yang beroperasi secara penuh.
Tidak ada yang lebih, tak ada yang kurang bagi kampus-kampus utama negeri.
Setiap kampus ada Majlis Perwakilan Pelajarnya sendiri, setiap kampus ada kelab-kelab dan persatuan sendiri, ada belanjawan sendiri, ada budaya sendiri dan sebagainya.
Ini membawa kepada sebab ketiga yang ingin penulis bentangkan iaitu peluang menyertai aktiviti Ko-Kurikulum yang lebih tinggi.
Bayangkan diri anda di sebuah universiti awam yang ada 30,000 mahasiswa pada satu-satu masa. Di universiti awam ini ada satu Kelab Debat.
Dalam satu pertandingan debat yang diadakan di dalam negara, jumlah peserta yang dapat wakili universiti, mungkin dalam 40 orang untuk hantar sepuluh pasukan mewakili universiti.
(Kiraan yang penulis gunakan adalah sistem 'tiga tambah satu' iaitu berdasarkan peraturan setiap satu pasukan dengan tiga pendebat perlu menghantar seorang hakim).
Di UiTM, situasinya berbeza. Jumlah mahasiswa di setiap kampus dalam 8,000 ke 15,000 pada satu-satu masa.
Maka bila ada pertandingan peluang anak kita lebih cerah untuk dapat mewakili kampus.
Anologi ini terpakai untuk setiap perkara yang melibatkan aktiviti luar kampus seperti pertandingan debat, Enactus (dahulunya Students In Free Enterprise), hoki, renang, ragbi, pidato, rekacipta, moot court competition, pendek kata, segala jenis pertandingan yang ada, peluang terbentang luas di depan mata. Amat luas.
Kegiatan luar seperti ini amat baik untuk perkembangan diri dan pembinaan sahsiah mahasiswa, tidak lupa juga ia meningkatkan keyakinan diri dan daya tahan emosi.
Bila keyakinan diri sudah ada, mereka lebih bersedia menghadapi segala cabaran di luar sana. Mahu berniaga, tidak malu-malu lagi. Hadir ke temuduga kerja juga tidaklah setakat tunduk menikus sahaja.
Peluang luas
Dengan jumlah kampus yang banyak serta aktiviti ko-kurikulum yang pelbagai, UiTM turut menganjurkan pelbagai pertandingan antara kampus dan inilah sebab keempat kenapa universiti ini membuka peluang yang luas bagi setiap pelajarnya.
Di UiTM, anak kita ada dua tahap peluang untuk jadi 'wakil'. Tahap pertama adalah wakil kampus/cawangan manakala tahap kedua adalah mewakili UiTM secara keseluruhan.
Setiap tahun ada banyak pertandingan antara kampus. Ada sukan antara kampus, ada Pertandingan Debat Piala Naib Canselor, Ultimate Frisbee...macam-macam lagilah.
Saiz pertandingan-pertandingan ini juga amat besar, sesetengah daripadanya lebih besar daripada pertandingan antara universiti.
Waktu penulis dan rakan-rakan menganjurkan pertandingan debat Piala Naib Canselor kira-kira sepuluh tahun lepas, baru kami sedar bahawa sebenarnya kami sedang mengendalikan pertandingan debat terbesar dalam sejarah Malaysia berdasarkan jumlah pasukan bertanding dan jumlah peserta yang mengambil bahagian!
Ini bererti walaupun sekadar berpeluang mewakili kampus, kualiti tahap pertandingan dan kesukaran yang mereka lalui sudah pun sedia tinggi, mungkin setaraf dengan pertandingan bertahap 'intervarsity'.
Sekiranya terpilih mewakili universiti, maka sedarlah bahawa pelajar yang terpilih itu adalah yang terbaik antara 100,000 pelajar. Ia satu pencapaian yang layak dibanggakan!
Jangan lupa, pengalaman yang mereka kutip ini boleh diterjemahkan ke dalam curriculum vitae (CV) mereka. Sekurang-kurangnya boleh memberi nilai tambah ketika bersaing dengan graduan lain di luar sana kelak.
Komitmen universiti
Sebab terakhir yang penulis ingin kongsi adalah komitmen pihak universiti melabur wang dan aset untuk membangun kualiti kendiri para mahasiswa.
Mahasiswa perlu berani mengemukakan cadangan program yang akan dianjurkan untuk mendapat bantuan dana pihak universiti. Ia bukan satu proses mudah. Pendek kata, jenuh berlawan barulah dapat, itu pun dipotong di sana sini.
Jika tidak cukup, carilah penaja luar pula untuk tampung kos program.
Walaupun proses nak dapat duit kelihatan sukar, tapi sebenarnya itu adalah proses untuk menilai agar hanya program yang berkualiti diberi bantuan sewajarnya.
Selain bantuan kewangan, UiTM juga tidak lokek menyediakan kemudahan seperti kenderaan, asrama, dewan, alat bantu mengajar dan sukan.
Dengan bantuan UiTM penulis jejaki hampir semua negeri di Malaysia serta beberapa lokasi di luar negara seperti Medan, Singapura dan Barcelona.
Pendek kata, UiTM sanggup berbelanja untuk pembangunan mahasiswa. Itu pasti.
Baru-baru ini penulis gembira melihat UiTM menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia menyertai perlumbaan kereta solar di Australia.
Penulis juga amat senang hati melihat pasukan debat UiTM jadi antara pasukan disegani di peringkat dunia hari ini. Di peringkat antarabangsa pasukan debat Bahasa Inggeris guna nama 'UT Mara' supaya dapat elak kekeliruan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ertinya UiTM sejak berpuluh tahun hingga hari ini masih konsisten dengan matlamat mendokong pembangunan mahasiswa sehingga peringkat dunia.
Tidak mahukah kita lihat anak kita dapat peluang sebegini?
Penulis bangga menjadi graduan UiTM.
-- BERNAMA
* Artikel komentar ini ditulis oleh Ali Imran Mohd Noordin.
** Komentar ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Bernama
Fri Apr 06 2018
UiTM bukan sahaja mendidik penuntut dalam pelajaran, malah memupuk kemahiran nilai insan dan mengukuh sahsiah. - Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Ada dua ijazah, kuasai tiga bahasa tapi susah dapat kerja
Lohanny berkongsi kisah sedihnya itu menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya dengan memegang resume.
KPT pertimbang laksana program TVET peringkat ijazah di politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan program peringkat ijazah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET), di seluruh politeknik di Malaysia.
Memburu PhD dari tirai besi
Tidak ada yang mustahil untuk dicapai oleh sesorang banduan, yang mempunyai iltizam untuk berjaya sekalipun terpisah dari dunia luar.
Memartabatkan IPT: Ubah falsafah pendidikan, bebaskan dari cengkaman politik - Pakar
Falsafah dan peranan pendidikan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu diubah dan diperluaskan.
Ibu bapa sebak terima ijazah Anumerta anak
Tiada ungkapan mampu dilafazkan sepasang suami isteri tatkala menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham anak mereka pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia(USM) ke-60
Lebih 2,000 graduan terima ijazah, diploma sempena Istiadat Konvokesyen PUO
Konvokesyen kali ini turut memberi penghargaan dan penghormatan kepada graduan yang telah menunjukkan dedikasi dan iltizam yang tinggi.
11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.
Kekurangan diri tidak halang graduan OKU genggam ijazah di UPM
Bagi menolak persepsi masyarakat dan rakan-rakan, Ridzuan mengambil inisiatif dengan menyertai pelbagai aktiviti di kampus.
Bapa dan anak terima skrol serentak pada Majlis Konvokesyen UUM
Dua beranak itu antara 244 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada sidang pertama majlis konvokesyen itu hari ini.
UiTM tangguh Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil pendekatan menangguhkan Penganugerahan Diploma dan Ijazah secara janji temu yang dijadualkan bermula pada 7 November 2020.