AWANI Pagi: Munafik | Melawan Iblis - Adaptasi karya ikonik Malaysia
Karya ikonik Syamsul Yusof, Munafik, diangkat semula menerusi Munafik: Melawan Iblis versi Indonesia. Mencatat hampir 150,000 penonton pada hari pertama dan mengungguli carta box office Indonesia, filem ini kini kembali menemui penonton Malaysia mulai 1 Oktober.
Apa yang menjadikan karya asal Malaysia ini mampu mencetuskan fenomena dalam acuan Indonesia? Dan sejauh mana versi baharu ini membawa roh Munafik kepada penonton Malaysia?