AWANI Pagi: 539 Lokasi Diperkukuhkan, Wi-Fi Kampus Lebih Menyeluruh Untuk Mahasiswa
Kehidupan mahasiswa hari ini tidak lagi terhad kepada bilik kuliah, malah tugasan, penyelidikan, pembelajaran dalam talian dan perbincangan berkumpulan turut bergantung kepada capaian Internet yang stabil. Menyedari keperluan itu, sebanyak 539 lokasi membabitkan institusi pengajian tinggi awam serta institusi latihan kemahiran di seluruh negara diperkukuh menerusi Projek USP Wi-Fi, bagi memastikan mahasiswa menikmati ketersambungan Internet yang lebih menyeluruh, termasuk di kolej kediaman.