AWANI Pagi: Turn the Tide | Keindahan Pulau Perhentian, tanggungjawab bersama
Di sebalik keindahan Pulau Perhentian, ada usaha untuk memastikan lautnya terus terpelihara.
Menerusi inisiatif Turn the Tide sempena International Coastal Cleanup 2026, YBD Dive Centre di Perhentian Marriott Resort & Spa menghimpunkan pelbagai pihak untuk membersihkan pantai, mengenali ekosistem marin dan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan lautan.
Daripada aksi membersihkan pantai hingga meneroka dunia bawah laut, saksikan bagaimana pengalaman percutian dan tanggungjawab terhadap alam boleh bergerak seiring.
Kerana menikmati keindahan Perhentian juga bermakna memainkan peranan untuk melindunginya.