AWANI Pagi: Projek perintis kolam takungan banjir Batu potensi sumber air alternatif
Bolehkah kolam yang dibina untuk menahan banjir turut dimanfaatkan sebagai sumber air alternatif?
Projek Perintis Kolam Takungan Banjir (KTB) Batu sedang mengkaji potensi kolam itu berfungsi untuk dua tujuan — mengurangkan risiko banjir dan menyokong keselamatan bekalan air negara.
Bagaimana pula aspek kualiti air serta fungsi asal kolam sebagai tebatan banjir dipastikan tidak terjejas?
Ikuti perbincangan bersama Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).