AWANI Pagi: UMK | Inovasi perkasa keusahawanan berasaskan sumber tempatan
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) iaitu Clasiti dimana ekstrak kulit tembikai dijadikan bahan inovasi kosmetik dan Biolanas MD2 hasil daripada nanas MD2 premium dijadikan cuka bernilai komersial.