Hasil cukai negara RM129.6 bilion hingga Jun - Chin Tong
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus pada suku kedua 2026, menjadikan pertumbuhan separuh pertama tahun itu sebanyak 5.7 peratus.
Pertumbuhan berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil cukai sebanyak 9 peratus kepada RM129.6 bilion sehingga Jun 2026, berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.