Junior INNOVATHON sasar 3,000 penyertaan tahun ini - Akmal Nasrullah
Penyertaan Junior INNOVATHON 2026 musim kedua dibuka dari 14 Jun hingga 14 Julai, dengan sasaran penglibatan 3,000 sekolah di seluruh negara.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata inisiatif itu bertujuan menyemarakkan budaya ingin tahu dalam kalangan pelajar ke arah inovasi dan penyelesaian kreatif.