ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 23 September 2020.
1) COVID-19: Lebih 31.4 juta kes positif direkod di seluruh dunia
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 31.4 juta kes.
Ini berikutan 200,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
2) COVID-19: Angka korban kini cecah 967,000
ANGKA korban akibat COVID-19 terus meningkat.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian di seluruh dunia meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.
3) COVID-19 bawa kesedaran kepada dunia - Guterres
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran, dunia berdepan krisis kesihatan, malapetaka ekonomi dan kehilangan pekerjaan.
Ia dianggap yang terburuk sejak era kemelesetan atau Great Depression, katanya pada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 UNGA di ibu pejabat PBB di New York.
4) China sasar henti keluar karbon dioksida tambahan menjelang 2060
CHINA mensasarkan untuk menghentikan pengeluaran karbon dioksida (CO2) tambahan menjelang 2060, kata Presidennya Xi Jinping pada Selasa.
Beliau menegaskan dalam perutusannya sempena Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), pandemik COVID-19 membuktikan wujudnya keperluan untuk memelihara alam sekitar.
5) Putin mahu rundingan lanjut perjanjian pengurangan senjata strategik Rusia-AS
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin menggunakan pentas Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) untuk memperbaiki kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS).
Dalam perutusannya pada Selasa, Putin menyeru rundingan lanjut diadakan berhubung perjanjian pengurangan senjata strategik dengan negara Uncle Sam itu.
6) Selepas tangguh 7 bulan, Arab Saudi benar umrah mulai 4 Oktober
Selepas ditangguhkan selama tujuh bulan berikutan pandemik COVID-19, Arab Saudi kembali membenarkan jemaah yang berhasrat menunaikan umrah bermula 4 Oktober ini.
Sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenar menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri negara itu.
7) Kerajaan Brazil mungkin benarkan peminat datang stadium
Peminat bola sepak Brazil tidak lama lagi kemungkinan berpeluang datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan, memetik Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan membenarkan stadium beroperasi semula dengan kapasiti penonton sehingga 30 peratus.
8) Trump umum calon Hakim Mahkamah Agung pada Sabtu
Presiden Donald Trump pada Selasa berkata beliau akan mengumumkan calon hakim Mahkamah Agung pada Sabtu di Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua.
Masa majlis pengumuman itu akan dimaklumkan kemudian, tulis Trump di Twitternya.
9) COVID-19: Indonesia catat 4,465 kes positif baharu
Indonesia mencatatkan 4,465 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac lepas.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, keseluruhan kes positif kini berjumlah 257,388 manakala 109,541 pesakit masih lagi dalam pemantauan virus berbahaya berkenaan.
10) Seram, roda Ferris bergoyang dan gagal berpusing
Menyeramkan lagi menakutkan!
Itu situasi yang boleh digambarkan apabila sebuah roda Ferris (Ferris wheel) secara tiba-tiba gagal berfungsi dengan baik berikutan lebihan penumpang.
Khairunnisa Kasnoon
Wed Sep 23 2020
Berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
AWANI Ringkas: Pengerusi SPR pegang jawatan sehingga 66 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.