ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 30 September 2020.

1) Individu pertama sembuh dari HIV, meninggal dunia apabila barah datang kembali

Timothy Ray Brown, individu pertama yang diketahui berjaya sembuh dari HIV selepas menjalani pemindahan sumsum tulang, telah meninggal dunia di California, pada Selasa.

2) COVID-19: Singapura lapor 23 kes baru

Singapura pada laporan awalnya mengesahkan tambahan 23 kes baru jangkitan COVID-19 untuk tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan di republik itu kepada 57,765 kes.

3) Tidak selamanya riang, Disney terpaksa buang 28,000 pekerja

'Kerajaan fantasi' Disney tidak selamanya membawa keriangan lebih-lebih lagi sejak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.

4) "Will you shut up, man?" - Joe Biden bidas Donald Trump

"Will you shut up, man?" kata calon Demokrat, Joe Biden kepada Donald Trump ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mencelah dan menganggunya ketika debat Presiden AS pusingan pertama, pada Selasa.

5) Debat Presiden AS: Siapa menang, siapa kalah?

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden 'dinobatkan' sebagai pemenang dalam debat Presiden AS pusingan pertama yang berlangsung, pada Rabu.

6) Trump, Biden saling menuduh sebagai pembohong

Polemik mengenai sistem penjagaan kesihatan Amerika Syarikat (AS) memanaskan debat pusingan pertama Presiden Donald Trump dan calon Presiden dari parti Demokrat, Joe Biden, pada Selasa.

7) Trump didakwa 'kurang bijak' tangani krisis COVID-19

Calon Demokrat, Joe Biden menuduh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak bertindak secara 'bijak' dalam menangani isu COVID-19 di negara itu.

8) Malaysia gesa rundingan damai Nagorno-Karabakh

Malaysia menggesa konflik pertempuran tentera yang berlaku di wilayah Nagorno-Karabakh di republik Azerbaijan sejak 27 September lalu diselesaikan secara diplomasi di meja rundingan.

9) Gadis sedar daripada koma selepas dengar suara idola Francesco Totti

Bekas bintang pasukan AS Roma, Francesco Totti meluangkan masa untuk melawat seorang gadis remaja yang baru sedar daripada koma.

10) COVID-19: Kes positif hampir 33.5 juta, korban lebih 1 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini hampir mencecah 33.5 juta kes.