Seorang lelaki yang dipercayai menghadapi kemurungan bertindak membunuh isteri dan tiga anaknya termasuk seorang bayi perempuan berusia dua tahun mereka sebelum menghilangkan diri.
Menurut polis pada Ahad, pembunuhan berlaku di kediaman keluarga malang itu di kawasan Mehrauli ke selatan New Delhi dan lelaki itu telah berjaya ditahan.
Lapor media tempatan tertuduh, Upendra Shukla yang merupakan seorang guru turut sempat meninggalkan sekeping nota yang mengaku telah membunuh keluarganya tetapi tidak menyatakan punca dia melakukan tindakan kejam itu.
Tambah polis, lelaki terbabit telah mengelar leher anggota keluarganya sekitar jam 2 pagi Sabtu waktu tempatan dan senjata yang digunakan telah berjaya ditemui.
Jiran menemui mayat isterinya bersama dua anaknya, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun sejurus berjaya memecah masuk kediaman dengan bantuan polis.
Ibu mertua tertuduh sebelum itu berkata dia merasa curiga apabila bilik mangsa dikunci dan tertuduh dilihat meninggalkan kediaman mereka waktu pagi.
Dia kemudiannya meminta bantuan jiran dan menghubungi polis.
Polis berkata pihaknya dimaklumkan tertuduh mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini dan sedang menyoal siasatnya untuk mengetahui apakah motif di sebalik tindakan tidak masuk akalnya itu. - Agensi
Agensi
Sun Jun 23 2019
Lelaki terbabit telah mengelar leher anggota keluarganya sekitar jam 2 pagi Sabtu waktu tempatan dan senjata yang digunakan telah berjaya ditemui. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.