Hashtag #notmypresident di laman media sosial sebelum ini digunakan oleh rakyat Amerika Syarikat untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Donald Trump.
Kini hashtag yang sama digunakan oleh segelintir rakyat Singapura yang tidak bersetuju dengan keputusan calon layak bagi jawatan Presiden Singapura yang diumumkan Jabatan Pilihanraya Singapura (ELD) semalam.
Hanya beberapa minit setelah bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob disahkan sebagai satu-satunya calon yang menerima Sijil Kelayakan bagi Pilihanraya Presiden kali ini, penggunaan hashtag tersebut mula berleluasa di laman Twitter dan Facebook.
Netizen yang menggunakan hashtag tersebut rata-rata tidak berpuas hati kerana Halimah akan memenangi pilihanraya tersebut tanpa bertanding.
Walaupun ELD tidak mendedahkan nama calon yang layak, rakyat Singapura telah menjangkakan kemenangan Halimah setelah dua calon lain mengumumkan penolakan permohanan mereka untuk bertanding.
BACA: Halimah Yacob mula bertugas sebagai Presiden Singapura Khamis ini
BACA: Halimah Yacob buat persiapan tanding jawatan presiden
Mantan ahli parlimen bagi kawasan akar umbi Marsiling-Yew Tee itu akan diumumkan sebagai presiden secara rasmi pada Hari Penamaan Calon Rabu ini.
Beliau dijangka mengangkat sumpah pada Khamis dan akan berkhidmat sebagai Presiden selama enam tahun.
Halimah bakal menjadi presiden Melayu pertama Singapura sejak lebih 47 tahun.
Sebelum Halimah, Encik Yusof Ishak merupakan calon Melayu yang menyandang jawatan presiden di Singapura dan merupakan presiden pertama negara pulau tersebut setelah mencapai kemerdekaan.
BACA: Halimah Yacob sah bertanding pilihan raya Presiden Singapura
BACA: Wanita Melayu bakal Presiden Singapura?
Afza Fahmidah
Tue Sep 12 2017
Halimah Yacob merupakan satu-satunya calon presiden yang menerima Sijil Kelayakan oleh Jabatan Pilihanraya Singapura (ELD) bagi Pilihanraya Presiden 2017 baru-baru ini. Beliau akan diumumkan sebagai presiden secara rasmi pada Rabu. - gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
PRK DUN Pelangai: BN Pahang senaraikan enam calon berkaliber
Difahamkan antara nama yang berada dalam senarai tersebut adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Jamaludin Buyong.