Upacara pengkebumian pelakon dan ikon Bollywood, Sridevi Kapoor berlangsung dengan adat dan kepercayaan Hindu di Mumbai, India pada Rabu.

Mayat mendiang tiba di Mumbai pada malam Selasa dengan menggunakan pesawat peribadi milik Anil Ambani, seorang industrialis terkaya di Mumbai.

Menerusi upacara tersebut, orang ramai berkumpul di perkarangan sebuah kelab peribadi berdekatan kediaman Sridevi awal pagi Rabu dan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Kerandanya dibalut dengan bendera India dan kemudian dibawa ke pusat pembakaran mayat menggunakan sebuah trak yang dihiasi dengan bunga dan gambarnya.

BACA: Mayat Sridevi dibawa pulang ke rumahnya di Mumbai

Sridevi, 54, meninggal dunia selepas dipercayai lemas di dalam tab mandi secara tidak sengaja selepas tidak sedarkan diri di sebuah hotel di Dubai pada Sabtu selepas menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya.

BACA: Sridevi Kapoor: Kes kematian ditutup

BACA: Sridevi mati lemas bukan serangan jantung?

Pasukan penyiasat di Dubai menemui kandungan alkohol dalam sistem tubuh badannnya dan kes tersebut ditutup pada Selasa selepas menyerahkan mayatnya kepada keluarganya.