ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 13 Oktober 2019.

1) Kanak-kanak OKU terperangkap 4 hari dalam rumah bersama mayat ibunya

Seorang kanak-kanak kategori orang kurang upaya (OKU) di Taman Impian Emas, di sini, tidak hanya menahan lapar dan dahaga selama empat hari.

2) Runtuhan di tapak pembinaan hotel Hard Rock, 1 maut

Jabatan bomba turut menjangkakan kemungkinan berlakunya satu lagi runtuhan disebabkan struktur bangunan yang tidak stabil.

3) Sebab DAP kita perlu henti siasatan? - Ayob Khan nafi kenyataan Lim Guan Eng

"Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan kita. Adakah ini sebab parti DAP kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya," tegas Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

4) Bayi maut motosikal ditunggang ibu langgar lori tangki

Seorang bayi berusia setahun maut apabila motosikal yang dinaiki bersama ibu dan emak saudaranya dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar sebuah lori tangki di Kilometer 67 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur.

5) Cuti bersalin 90 hari: MTUC kesal pindaan dibuat secara melulu

Setiausaha Agung MTUC berkata, isu yang timbul berkaitan penambahan cuti bersalin kepada 90 hari ini adalah disebabkan Kementerian Sumber Manusia tidak mengikut proses betul dalam melakukan pindaan.

6) Kerajaan akan putuskan sama ada 40 rakyat Malaysia di Syria dibawa pulang - PDRM

Kerajaan akan buat keputusan sama ada membawa pulang 40 rakyat Malaysia di Syria yang mahu kembali ke tanah air, ujar Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

7) Peminat ikan laga perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri

Ikan Betta Malaysia berpotensi dipasarkan ke luar negara, malah, sudah ada penternak yang berjaya membuat jualan sehingga ke Jerman dan Itali

8) Eliud Kipchoge, orang pertama tamatkan larian maraton tidak sampai dua jam

Seorang atlet maraton dari Kenya telah memecah rekod menghabiskan larian maraton penuhnya (42km) dengan dalam masa satu jam 59 minit, dan 40.2 saat dalam satu acara di Vienna, Austria.

9) Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersetuju dengan tindakan PDRM menahan beberapa individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

10) Mamat Khalid dimasukkan ke ICU, tunjuk reaksi positif

Pengarah terkemuka tanah air, Mohamad Mohamad Khalid atau lebih mesra dipanggil Mamat Khalid dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.