ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Isnin, 23 Disember 2019.

1) Bertenang... Bangunan 'senget' di tengah KL memang begitu, tidak akan tumbang

Sebuah bangunan tinggi di tengah-tengah ibu negara, yang ditularkan di media sosial pada Isnin sebagai binaan yang 'senget dan akan tumbang', sebenarnya tidak akan terjadi sebegitu.

2) Tiga pelajar universiti maut akibat terperangkap dalam banjir di Gua Lele

Lawatan 15 pelajar ke kawasan Gua Lele di Jawa Barat, Indonesia berakhir tragedi apabila tiga menjadi korban selepas gagal selamatkan diri sewaktu gua dipenuhi banjir.

3) Tiada air hingga pencemaran bau capai 0 ton - Air Selangor

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih tidak dapat memulakan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi sehingga pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih mencapai tahap 0 ton.

4) Perubahan iklim: Adakah Singapura akan tenggelam?

Menurut ramalan Pusat Penyelidikan Iklim Singapura, republik tersebut bakal mengalami peningkatan paras air laut sehingga satu meter menjelang tahun 2100.

5) Ratu Elizabeth cari pegawai media sosial, gaji RM20,000 sebulan

Tawaran sebagai Ketua Jabatan Digital itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan, dengan tangga gaji antara £45,000 (RM242,625) - £50,000 (RM269,583) setahun.

6) Lencun hujan, Kapten kasihan, motosikal naik bas, netizen ucap syabas!

Kapten Bas Rapid KL yang hanya dikenali dengan nama Sharifudin memutuskan suatu tindakan yang telah dirakam seorang netizen hingga kisahnya menjadi buah mulut ramai.

7) SD Azilah: Puluhan individu akan dipanggil beri keterangan - KPN

Puluhan individu akan dipanggil membantu siasatan terhadap Akuan Berkanun bekas anggota UTK Azilah Hadri yang mendakwa menerima arahan membunuh Altantuya Shaariibuu.

8) Ada negara tidak ikhlas bantu tangkap Jho Low - KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador kecewa dengan sikap sesetengah negara yang dilihat tidak ikhlas dalam membantu misi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap ahli perniagaan dalam buruan Low Teik Jho.

9) Pertikai keputusan GV6? Tiada peraturan tetapkan hanya seorang juara - Tok Ram

Ketua juri Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Datuk Ramli MS menegaskan keputusan sesebuah pertandingan tidak terikat kepada mana-mana peraturan bahawa hanya seorang sahaja yang layak bergelar juara.

10) Suntik bibir 17 kali untuk lebih besar, lebih cantik

Gadis Barbie, Andrea Ivanova, 22 tahun, dari Bulgaria, nekad menjalankan rawatan itu semata-mata mahu menjadi gadis berbibir paling besar di dunia.