Tiada keperluan untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin tidak memberi penjelasan lanjut berkenaan keputusan itu.

"Tiada keperluan untuk itu (panggil Najib)," kata Hasan ringkas.

Ditanya, kenapa PAC tidak memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, kata Hasan ia perlu melalui kerangka kerja perundangan.

"Selepas kita panggil di peringkat eksekutif syarikat, kemudian kita lihat jika kita ada keperluan untuk panggil individu lain.

"Tidak, kita perlu lihat kepada kerangka kerja perundangan sama ada dia terlibat atau tidak berkenaan dengan 1MDB," katanya.

PAC sebelum ini telah mengeluarkan arahan kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk hadir memberi penerangan pada 1 Disember ini.

Sementara itu, bekas Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB pula, Datuk Shahrul Azral Ibrahim perlu hadir memberi penerangan kepada PAC pada 25 November ini.