Kementerian Pendidikan akan menyemak semula Surat Pekeliling 2008 bagi Ahli Parlimen pembangkang mendapat kebenaran untuk melawat sekolah, kata Menterinya, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, keputusan semakan tersebut akan dilakukan esok dalam mesyuarat kementerian selepas mesyuarat Kabinet.

"Kita ambil semangat dari Malaysia Baru dan selepas berbincang dengan Pakatan Harapan dan pemimpin UMNO, mereka mencadangkan surat pekeliling ini perlu disemak semula," katanya kepada media di Bangunan Parlimen hari ini.

Kenyataan beliau mengenai Ahli Parlimen pembangkang perlu mendapat kebenaran pengarah pendidikan negeri sebelum melawat sekolah dikritik baik pihak pembangkang dan kerajaan.


Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mempertahankan diri, menyatakan beliau tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Ahli Parlimen pembangkang untuk melawat sekolah.

"Saya tidak pernah melarang atau menghalang mereka daripada datang ke sekolah. Surat Pekeliling 2008 itu surat lama."

BACA: Ingat Malaysia baharu tiada larangan dah - Khairy

Tambah menteri itu, berdasarkan Surat Pekeliling 2008, Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah parti diperlukan untuk membuat permohonan mendapatkan kebenaran daripada pengarah pendidikan negeri.

Kata Maslzee, perkara itu juga iaitu untuk memaklumkan kepada jabatan pendarah pendidikan negeri, dalam pertimbangan.