Hasrat seorang graduan cacat penglihatan untuk menyambung pengajian peringkat ijazah di University Of South Australia bagaikan tidak kesampaian.
Dana yang cukup besar iaitu sebanyak RM348,000 diperlukan beliau bagi mengikuti pengajian dalam bidang inovasi perniagaan dan keusahawanan selama dua tahun di sana.
Jumlah tersebut tidak termasuk kos pembelian mesin braille yang dianggarkan berharga RM12,000 seunit.
Bagaimanapun, bagi Razlan Ibrahim Mukhtar, impian untuk berbakti kepada masyarakat, selain mahu membuktikan bahawa insan istimewa seperti dirinya mampu mencapai kejayaan cemerlang tidak pernah terpadam.
Graduan diploma perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis yang juga sukarelawan di St Nicholas’ Home berharap ada pihak yang sudi membantu meringankan beban dan menghulurkan sumbangan bagi menampung kos pengajiannya di Australia.
Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif St Nicholas’ Home Penang, Danial Soon berkata pihaknya amat berbangga dengan pencapaian Razlan yang beroleh CGPA 3.86 dalam peperiksaan.
Mengikut surat tawaran, Razlan perlu mendaftar pada 13 Julai.
Bagaimanapun pihak St Nicholas Home memohon untuk mendaftarkan Razlan pada semester berikutnya kerana Razlan perlu terlebih dahulu mengumpul dana secukupnya.
Sumbangan orang ramai untuk pengajian Razlan boleh disalurkan menerusi akaun Hong Leong Bank (37000002252) atau melalui cek atas nama St Nicholas’ Home Penang.
Astro Awani
Thu Jul 02 2015
Razlan yang juga sukarelawan di St Nicholas Home berharap ada pihak sudi membantu meringankan beban dan memberi sumbangan bagi menampung kos pengajian.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman
MAIPs memperuntukkan RM3.06 juta bagi Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan menerusi kariah masjid seluruh negeri itu sepanjang tahun ini.
Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, tiga di Sarawak dan satu di Sabah merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis
1,494 unit bubu naga serta peralatan menangkap ikan haram bernilai RM615,280 dirampas dalam operasi khas dilaksanakan Jabatan Perikanan Malaysia.
Exco Perlis tidak bangkit soal peruntukan khas semasa mesyuarat - Tiong
Tiong berkata, Wan Badariah juga tidak menyatakan hasrat kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Perlis sepanjang program berlangsung.
MOTAC tidak pernah anak tirikan Perlis - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.
Perlis wajib papan tanda tulisan jawi bermula 1 Februari
Kerajaan Perlis mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan di seluruh negeri itu bermula 1 Februari hadapan.