Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Sabtu digesa memberikan jawapan berhubung penukaran syarat tanah pertanian kepada pembangunan di negeri itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata sehingga kini Lim masih membisu dan tidak menyatakan berapa luas tanah sawah yang telah ditukar menjadi tanah pembangunan.
"Ini semua kita tidak dapat jawapan, jangan membisu. Jangan buat tindakan sesuka hati, perkara dan keputusan dibuat sewenang- wenangnya tanpa memberi penjelasan kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di bangunan UMNO di sini pada Sabtu.
Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang juga turut meminta kerajaan negeri pimpinan DAP mengambil kira ulasan dan ketetapan yang dibuat oleh bahagian teknikal Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan jabatan persekutuan kerana pihaknya dimaklumkan ada projek yang mendapat ulasan negatif tetapi ia tetap diluluskan.
"Kita harap kerajaan negeri ambil kira ulasan ini kedua-dua jabatan ini terhadap isu projek penambakan, isu tanah dan penukaran tanah," katanya.
Dalam perkembangan lain, UMNO Pulau Pinang turut melahirkan rasa simpati terhadap ahli dan pemimpin PAS di peringkat akar umbi yang telah ditamatkan perkhidmatannya dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) baru-baru ini.
Beliau berkata UMNO negeri bersedia menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan ahli PAS dengan mempelawa mereka berhubung dengan JKK Persekutuan yang diwakili Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
"Pemimpin PAS ini ada pengaruh yang kuat di kampung-kampung dan di taman-taman, yang mana kita boleh bekerjasama di peringkat bawah untuk atasi masalah kampung.
"Kita boleh bantu, kita harap PAS tidak bermuram dan pilu kerana dibuang. Kita wakil UMNO di bawah JKKP sedia membantu mereka," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengumumkan telah menamatkan perkhidmatan 300 ahli JKKK dari PAS kawasan Kepala Batas kerana mendakwa mereka tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan negeri itu.
Ahad lepas, PAS Pulau Pinang telah mengarahkan semua 1,083 ahli JKKK dari parti itu di negeri ini meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Bernama
Sun Nov 29 2015
UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan negeri pimpinan DAP mengambil kira ulasan dan ketetapan yang dibuat oleh bahagian teknikal Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan jabatan persekutuan kerana ada projek yang mendapat ulasan negatif. - Gambar Fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Bekas ketua kampung tipu sumbangan untuk bina surau didenda RM150,000
Zulkifle membuat pengakuan itu atas satu daripada tiga pertuduhan pilihan yang dikenakan terhadapnya.
Anggota MCA tidak boleh terima lantikan JKKK tanpa kelulusan parti
Mana-mana ahli MCA yang menerima pelantikan sebagai Ketua Kampung Persekutuan, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Pegawai Pembangunan Kampung Baru tanpa kelulusan parti.
Arahan kerajaan Sarawak respons kepada surat Kementerian - Uggah
Kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu, amat penting bagi JKKK di Sarawak diberikan maklum balas yang tepat.
Perak tubuh jawatankuasa khas lantik ketua kampung, JKKK
Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata setiap parti perlu menghantar nama dua wakil untuk dipilih sebagai ketua kampung dan anggota JKKK.
1,900 JKKK Kedah digantung tugas sementara
Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu diambil sementara menunggu arahan lanjut dan terperinci daripada kerajaan pusat.
Enam kampung diancam babi hutan
Enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) berganding bahu mengadakan gotong royong menembak babi hutan yang sering memusnahkan tanaman dan memakan ternakan penduduk di enam kampung.
Ubi telampong, sajian tradisi yang semakin dilupakan
Uniknya ubi ini perlu dimasak bersama air tebu selama lapan jam dan hanya dimasak pada musim kemarau.
Kerbau bertuah naik Honda Odyssey
Berpura-pura memancing udang galah, sebelum menyumpit kerbau milik penduduk kampung yang ditambat di tepi Sungai Kulim dekat Labuh Banting, Tasek Gelugor, pada Jumaat.
Gunakan konsep pasukan bola sepak Malaysia dalam kepimpinan - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua pemimpin akar umbi untuk mengamalkan semangat berpasukan seperti pasukan bola sepak Malaysia di Sukan Sea (KL 2017).