Kementerian Pendidikan akan meneruskan keputusan untuk pecahkan kertas Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pemahaman dan penulisan mulai tahun depan di sebalik gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar menangguhkan pelaksanaannya.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata jabatan telah memaklumkan orang ramai sejak 2010 bahawa perubahan akan dilakukan terhadap format kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR pada 2016.
"Kita bagi tahu sejak 2010 lagi, perubahan akan berlaku 2016 (untuk format peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR)," katanya pada sidang media selepas melancarkan program 'World's Largest Lesson' di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelabuhan Klang di sini hari ini.
Khair mengulas kenyataan Presiden NUTP Hashim Adnan bahawa keputusan untuk kertas Bahasa Inggeris UPSR bagi pemahaman dan penulisan dipecahkan kepada dua gred bermula tahun depan patut ditangguhkan kerana tempoh sebelum pelaksanaannya hanya setahun dan terlalu singkat bagi pelajar dan guru untuk membuat penyesuaian terhadap sistem baharu itu.
Beliau dilaporkan berkata tempoh yang sesuai adalah dua tahun bagi pelaksanaan format baharu itu.
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Datin Nawal Salleh berkata sebelum ini kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi pemahaman dan penulisan digabungkan sebagai satu gred dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) dipecahkan kepada dua gred.
"Langkah untuk mengasingkan gred bagi pemahaman dan penulis kertas BI adalah selaras dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar," katanya.
Khair berkata peraturan baharu itu tidak akan menjejaskan Indeks PetunjukPrestasi para guru kerana ia diukur berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya prestasi pelajar dalam UPSR.
Mengulas program 'World's Largest Lesson' di SK Pelabuhan Klang, Khair berkata inisiatif itu untuk menonjolkan pentingnya penduduk global mengamalkan kehidupan lestari dan berusaha bersama-sama untuk mencapai Matlamat Global.
Inisiatif itu, katanya dilancarkan sebagai sokongan terhadap Matlamat Global bagi Pembangunan Lestari yang dilancarkan pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pembangunan Lestari di New York pada 25 Sept.
Pembelajaran yang dikendalikan oleh Khair untuk pelajar SK Pelabuhan Klang disiarkan secara langsung menerusi aplikasi 'Frog Connected Classrooms', membolehkan pelajar di 10,000 buah sekolah di Malaysia serta kelas di seluruh dunia akses kepada pelajaran itu mengikut waktu sebenar daripada kemudahan dalam talian sekolah masing-masing yang dijayakan menerusi projek 1BestariNet.
Sementara itu, Pengarah Program Yayasan YTL Datin Kathleen Chew, berkata program 'World's Largest Lesson' dijalankan bersempena dengan pelancaran 'Frog Classroom' di SK Pelabuhan Klang, inisiatif Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu.
"Frog Classroom membolehkan pelajar akses kepada maklumat di luar kawasan kelas seperti penyumberan maklumat daripada internet dan mengikuti webseminar secara dalam talian yang membolehkan mereka belajar daripada pakar-pakar tanpa mengira di mana mereka berada," katanya.
Bernama
Tue Sep 29 2015
DR KHAIR: Jabatan itu telah memaklumkan orang ramai sejak 2010 bahawa perubahan akan dilakukan terhadap format kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR pada 2016. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.
Pelanggaran Bahasa Melayu: Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan beri kuasa DBP bertindak
Tujuan pindaan akta tersebut ialah kerana terdapat banyak pelanggaran terhadap Akta berkenaan dan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan ambil jalan tengah dalam isu pengajaran Sains, Matematik di sekolah - Dr Mahathir
Katanya pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu manakala ada pula menentangnya.