Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, mempunyai sistem perundangan sendiri yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis di kalangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
"Saya amat bersetuju dengan kenyataan perdana menteri mengenai LGBT, memang menjadi pendirian kita yang tidak bersetuju dengan perilaku LGBT untuk diterima ke dalam komuniti Malaysia," katanya pada majlis bersama Wanita PKR di HMD Villa, Kg Lubok Temiang di sini pada Sabtu malam.
Beliau berkata meskipun kerajaan tidak membenarkan apa-apa amalan dan budaya perkahwinan sejenis, golongan ini tidak boleh didiskriminasi atau dipinggirkan.
"Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup sendiri... kita perlu mengambil dua pendekatan untuk menangani isu ini, satu daripadanyanya adalah pencegahan, dan satu lagi, apabila mereka terjebak di dalamnya, kita pulihkan mereka," kata Fuziah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan apabila kerajaan 'menghulurkan tangan' untuk memulihkan mereka, itu bukanlah bermakna pengiktirafan terhadap budaya dan perilaku LGBT.
"Kami sedar tentang keprihatinan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung hak asasi manusia, tetapi kerajaan menjalankan tugasnya untuk menangani isu ini daripada bertapak dalam komuniti besar kita.
"Kami tidak akan membenarkan diskriminasi berlaku, dan pada masa yang sama, kami tidak mahu mereka meneruskan gaya hidup sedemikian. Rakyat tidak boleh menghukum atau mengasingkan mereka dan memperlakukan mereka seperti sampah sehingga ke tahap tiada siapa yang mahu mendekati mereka," katanya.
Fuziah berkata menjauhkan diri daripada golongan ini tidak akan membantu mereka untuk dipulihkan daripada masalah personaliti dan gaya hidup mereka.
"Kita tahu kira-kira 83 peratus daripada 'mak nyah' terlibat dalam perilaku seks, kebanyakannya di 'lorong-lorong', oleh itu, kita mesti bantu mereka untuk berubah," katanya.
Fuziah berkata Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menentang perkahwinan sejenis kerana negara di barat juga menentang amalan itu.
-- Bernama
Bernama
Sun Sep 23 2018
Fuziah berkata Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menentang perkahwinan sejenis kerana negara di barat juga menentang amalan itu. - Gambar hiasan
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
60.65 tan makanan dan minuman diselamatkan menerusi MySaveFood@Ramadan 2024 - KPDN
Pelaksanaan Program MySaveFood@Ramadan 2024 selama 26 hari di 139 bazar Ramadan berjaya menyelamatkan sebanyak 60.65 tan makanan dan minuman bernilai RM724,770.
Lebih 2,000 penguat kuasa KPDN digerakkan pantau harga
Sebanyak 2,200 penguat kuasa dan hampir 1,000 pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan digerakkan setiap hari di seluruh negara.
33,000 kg makanan, minuman bernilai RM416,000 diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara
Kempen itu digerakkan kementerian dengan rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa daripada IPT.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
8.1 tan makanan bazar Ramadan seluruh negara diselamatkan menerusi program MySaveFood - Fuziah
Sebanyak 8.1 tan metrik makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM116,000 berjaya diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood dalam tempoh enam hari puasa tahun ini.
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.
Peniaga tidak terlibat kenaikan SST diingat jangan ambil kesempatan
Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan SST diingat jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.
Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Kartel makanan ayam: Pengkhianatan tertinggi, sukarkan kawalan harga - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata tindakan syarikat berkenaan menyebabkan harga ayam sukar dikawal.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023.