Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu mempunyai kepentingan dalam urusan SRC International Sdn Bhd.
Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Husain berkata bekas perdana menteri yang memegang portfolio Menteri Kewangan ketika itu adalah individu yang berkuasa bagi melantik jawatan-jawatan penting dalam SRC seperti ahli lembaga pengarah, setiausaha dan juruaudit syarikat.
"Selain itu, beliau juga mempunyai kuasa untuk menentukan di mana pelaburan syarikat dibuat," katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim pada hari ke-58 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Beliau yang juga pegawai penyiasat kes berkata Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil merupakan individu yang menyeleweng dana SRC berjumlah RM170 juta.
Suhaimi: Ketika pemeriksaan balas oleh peguam, beliau mencadangkan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) yang menyeleweng wang SRC tetapi kamu menjawab "Kalau Nik Faisal, ya". Boleh terangkan mengapa?
Rosli: Saya menjawab "Kalau Nik Faisal, ya" kerana dia yang membuat pindahan wang RM170 juta dari akaun SRC ke akaun syarikat pembinaan, Putra Perdana Construction Sdn Bhd tanpa mendapatkan persetujuan daripada ahli lembaga pengarah SRC".
Rosli juga menegaskan bahawa dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh dan Putera Faisal Turki yang diterima Najib tidak kena mengena dengan wang SRC yang masuk ke dalam akaun peribadi bekas perdana menteri itu.
Saksi pendakwaan ke-57 itu berkata ia adalah kerana wang sumbangan itu telah habis digunakan pada Jun 2014 manakala wang SRC pula masuk ke dalam akaun Najib pada Disember 2014.
"Pihak SPRM tidak menjalankan siasatan lanjut mengenai dua entiti berkenaan kerana ia tidak meliputi skop siasatan saya... ini adalah melibatkan dana RM2.6 bilion atau siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiada kaitan dengan SRC," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 22 Okt bagi kedua-dua pihak mengemukakan hujahan lisan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019
Saksi berkata, dana RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh dan Putera Faisal Turki yang diterima Najib tidak kena mengena dengan wang SRC yang masuk ke dalam akaun peribadi bekas perdana menteri itu. - Gambar fail
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.