Usaha kerajaan Sarawak tangani isu wabak anjing gila atau rabies kini dilakukan secara menyeluruh.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Prof. Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ia melibatkan program pembanterasan wabak di semua peringkat.

Sebagai kaedah pengawalan, cip akan dipasang pada anjing untuk memudahkan proses kenal pasti vaksinasi.

Cara itu akan diguna pakai di kawasan Demak Laut bermula Isnin depan.

“Pihak berkuasa akan pergi dari rumah ke rumah untuk memberi vaksin kepada anjing, dan kami mahu semua pemilik memberi kerjasama,” kata Sim.

Menangani rabies memerlukan kerjasama semua pihak dalam usaha mengesan dan melaporkan sebarang kemungkinan terdapat tanda pembiakan rabies di satu-satu tempat.

Sejak diisytihar sebagai wabak di Sarawak, sebanyak 15 kematian direkodkan daripada 16 mangsa yang dijangkiti virus.

BACA: Satu lagi kes kematian Rabies dicatatkan di Sarawak

Wabak itu kini diklasifikasikan sebagai bencana tahap dua oleh jawatankuasa pengurusan bencana negeri Sarawak.