Semua perkampungan Orang Asli di Perak berada dalam keadaan terkawal, tanpa sebarang masalah kesihatan dihadapi oleh penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A.Sivanesan berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk meneliti serta memantau rapi aspek kesihatan di semua perkampungan.
Katanya pihak JKN akan menyediakan laporan mingguan berhubung hasil penelitian serta pemantauan.
"Melalui pemantauan, sehingga kini tiada apa-apa masalah, air yang dibekalkan pun tiada masalah setakat ini.
"Malah, tiada aduan berkaitan dengan masalah kesihatan daripada penduduk atau tok batin di perkampungan Orang Asli. Terkawal sepenuhnya," katanya kepada Bernama di sini.
Menurut Sivanesan, satu klinik bergerak juga diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan dan bertindak jika diperlukan pada bila-bila masa.
Perak mempunyai lebih 60,000 Orang Asli yang tinggal di 256 perkampungan dengan penempatan terbesar iaitu 101 kampung terletak di kawasan Chenderiang, Tapah, kira-kira 65 kilometer dari sini.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Batu 9, Tapah, Osman Bah Ut berkata sebagai individu bertanggungjawab terhadap 157 penduduk, dia sentiasa menasihati sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan agar segera berjumpa doktor.
Tidak menolak perubatan alternatif, Osman, 47, berkata apapun usaha yang ingin diikhtiarkan, penduduk kampung dari suku kaum Semai di bawah tanggungjawabnya sering mengutamakan soal kesihatan.
"Kalau tidak sihat kami pergi ke hospital berjumpa doktor, biar doktor tentukan kami sakit apa dan bagi ubat.
"Tapi jika tidak sihat, pergi hospital dan doktor sahkan kami tiada penyakit, baru berubat cara lain," katanya yang telah 12 tahun menjadi Tok Batin di kampung tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019
A.Sivanesan berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri untuk meneliti serta memantau rapi aspek kesihatan di semua perkampungan. - BERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Doktor pelatih dakwa terima gangguan seksual diminta buat laporan polis
A Sivanesan berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan tiada sebarang laporan dibuat mangsa sekali gus menyukarkan siasatan dijalankan.
Kerajaan peruntuk lebih RM20 juta naik taraf Hospital Kuala Kangsar
Kerja-kerja pembinaan fizikal telah bermula pada 16 Ogos lepas dan dijangka siap pada 10 Feb 2026.
Perak rekod 1,089 kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu
Perak merekodkan 1,089 kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
Penularan COVID-19 masih terkawal, orang ramai perlu kawalan kendiri - Exco
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada terutamanya di kawasan awam bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 pada musim cuti sekolah.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes pekerja maut di kuari: Siasatan awal dapati tiada kecuaian di pihak majikan
Laporan hasil siasatan awal kes pekerja asing yang maut dalam runtuhan batu di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai pada Selasa, mendapati tiada kecuaian daripada pihak majikan.
Denggi: Perak rekod 218.1 peratus peningkatan kes, satu kematian
Perak rekod peningkatan jumlah kumulatif kes demam denggi iaitu 2,005 kes sejak awal tahun ini berbanding 646 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Kes demam denggi di Perak meningkat 218 peratus
Kes demam denggi di Perak meningkat sebanyak 218.1 peratus bagi tempoh Januari sehingga 5 Ogos tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.